KUALA LUMPUR: Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepas secara rasmi layak ke ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemangku Timbalan Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata langkah itu akan membantu mengembangkan sepenuhnya potensi pelumba berusia 21 tahun itu untuk mencabar pelumba terbaik dunia pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Beliau berkata Nurul Izzah Izzati, yang mengesahkan penampilan sulungnya dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini dalam acara keirin dan pecut boleh memaksimumkan keupayaannya dengan sokongan dan latihan yang betul.
" Saya tidak akan memberi tekanan kepadanya untuk Sukan Paris. Ini penampilan pertamanya jadi kami perlu lebih praktikal dan dia masih mempunyai banyak potensi.
" Penyertaannya di bawah Program Fast Track akan menjadi sangat baik. Walaupun dia mungkin bukan pencabar pingat (di Paris), dia perlu dimasukkan di bawah program itu kerana tumpuan kita sepatutnya empat tahun ke depan, bukannya dua bulan (ke Paris)," katanya kepada Bernama pada Selasa.
Amarjit berkata walaupun pelumba itu tidak menyerlah pada penampilan pertama di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI 2024 di Milton, Kanada, minggu lalu apabila menamatkan saingan di tempat kelapan acara kerin namun berjaya layak ke temasya Olimpik.
Pencapaian dua emas masing-masing dalam acara kerin dan 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi Februari lalu turut membantu beliau dalam proses kelayakan ke Paris 2024.
Terdahulu, Amarjit mengumumkan bahawa Nurul Izzah Izzati, bersama-sama jaguh berbasikal trek lelaki Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah melayakkan diri secara rasmi ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Majlis Sukan Negara (MSN) telah memulakan Program Fast Track RTG dengan misi mewujudkan atlet muda dan berbakat berumur antara 16 hingga 25 tahun yang berpotensi untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Pemain skuasy Ng Eain Yow, S. Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman serta penerjun Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney Harold telah disenaraikan dalam program Fast Track RTG.
Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengucapkan tahniah kepada trio berbasikal trek atas kelayakan mereka untuk Paris 2024.
"Saya percaya dengan pengalaman dan tekad mereka, kedua-dua Azizulhasni dan Shah Firdaus akan melakukan yang terbaik bagi menyumbang pingat untuk Malaysia.
"Manakala bagi Nurul Izzah, pelumba muda masa depan kita, saya gembira dia berjaya layak. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terbaik kepada mereka dalam persediaan mereka menjelang Olimpik," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
![LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690866580_DatukAmarjitSingh.jpg)
Amarjit berkata langkah itu akan membantu mengembangkan sepenuhnya potensi pelumba berusia 21 tahun itu untuk mencabar pelumba terbaik dunia pada Sukan Olimpik LA28. - Foto fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Bintang skuasy meningkat naik, Sanjay mahu 'bersinar' di LA28 Bintang skuasy meningkat naik, Sanjay mahu 'bersinar' di LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720004423_Sanjay.jpg)
Bintang skuasy meningkat naik, Sanjay mahu 'bersinar' di LA28
Sanjay Jeeva sasar untuk bertanding pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) iaitu penampilan pertama sukan itu dalam temasya sukan terbesar dunia tersebut.
![Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28 Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718967496_SukanSEA.jpg)
Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).
![LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690866580_DatukAmarjitSingh.jpg)
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
![Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704454797_TBArulSelvaraj.jpg)
Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul
Arul berkata pemain perlu biasakan diri beraksi dalam tekanan menentang pasukan gergasi menerusi perlawanan berintensiti tinggi.
![MOM minta flag football bentang hala tuju ke LA28 MOM minta flag football bentang hala tuju ke LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689415054_TBNorzaZakaria.jpg)
MOM minta flag football bentang hala tuju ke LA28
MOM meminta agar sukan flag football untuk membentangkan peta hala tuju jika berhasrat untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik LA28.
![LA28: MOM sambut baik lima acara sukan baharu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 LA28: MOM sambut baik lima acara sukan baharu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697463110_olympics.jpg)
LA28: MOM sambut baik lima acara sukan baharu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028
MOM memuji keputusan Lembaga Eksekutif IOC untuk menyokong penambahan lima sukan baharu dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).