KOTA BHARU:Kelantan United (KUFC) mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan jurulatih muda Akira Higashiyama yang berusia 31 tahun dari Jepun, untuk membimbing pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presidennya Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, keputusan pasukannya menandatangani kontrak selama setahun dengan jurulatih dari negara matahari terbit itu, berdasarkan prestasinya membimbing pasukan Kuching FA (Kuching City) musim lalu.
"Walaupun muda, beliau (Akira) memperlihatkan prestasi yang cukup baik pada musim lepas, di mana beliau bersama dengan Kuching FA membawa satu perubahan drastik terhadap corak permainan pasukan itu.
"Apabila diberikan tanggungjawab sepenuhnya membimbing Kuching FA pada perlawanan-perlawanan terakhir saingan Liga Premier, beliau menghadiahkan kemenangan sehingga membawa Kuching FA layak beraksi pada cabaran Piala Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) KUFC bersama dengan Syarikat minuman pribiotik Yakult (M) Sdn Bhd di sini, malam tadi.
Che Abdullah berkata menandatangani jurulatih itu antara langkah awal bagi mempersiapkan pasukannya yang akan memulakan sesi latihan pada 21 Dis ini.
"Keputusan kita ambil Akira di atas keyakinan bahawa orang Jepun kerja kuat dan bersungguh dalam melaksanakan kerja dan sebagainya, ia memperlihatkan keseriusan kami untuk meberikan cabaran sengit pada saingan Liga-M 2021.
"Tentang baki tiga lagi pemain import kami akan membuat penilaian bersama Akira, kami berharap Akira mampu membawa perubahan kepada KUFC," katanya.
Beliau berkata Akira tidak hanya mempunyai pengetahuan dengan suasana permainan Liga-M, malah dia berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan apabila pernah membimbing kelab di beberapa negara seperti Monggolia dan New Zealand.
"Akira mempunyai Lesen jurulatih Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Lesen A kejurulatihan serta melakar kejutan pada musim lepase setelah membantu kelab dari Sarawak itu menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan keempat," katanya.
Selain itu, KUFC turut menandatangani MoU dengan pemain import dari Jepun Yuki Tanigawa yang pernah menyertai Kuching FA pada musim lalu dan kini akan bermain di posisi tengah bagi KUFC.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020

CHE ABDULLAH: Keputusan kita ambil Akira di atas keyakinan bahawa orang Jepun kerja kuat dan bersungguh dalam melaksanakan kerja dan sebagainya. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.

Khairul Azman-Aidil Sharin kembali bergabung di Kuching City
Khairul Azman Mohamed, kembali melanjutkan kariernya dalam bola sepak apabila bersetuju menyertai Kuching City sebagai jurulatih penjaga gol.

Kim Swee akui Sabah bernasib baik
Ong Kim Swee terkilan dengan sikap para pemain The Rhinos yangmemilih jalan sukar untuk mengutip tiga mata ketika melayan Kuching City FC.

Liga Super: Gol berganda Seo Seonung ceriakan Perak FC
Dua gol Seo Seonung memastikan kemenangan sulung Liga Super buat Perak FC yang mengecewakan Kuching City 2-0 di Ipoh, sebentar tadi.

Selangor, KL City pesta jaringan
Selangor membuka jaringan menerusi Hein Htet Aung seawal minit pertama permainan, percubaan Danial Asri terkena palang namun berjaya ditampan masuk Htet Aung.

KUFC pertaruh pelatih muda dari Jepun
Keputusan pasukannya menandatangani kontrak selama setahun dengan Akira Higashiyama berdasarkan prestasinya membimbing pasukan Kuching FA (Kuching City) musim lalu.