KUALA LUMPUR: Bandar raya Kuching boleh melupakan hasrat untuk menjadi tuan rumah Sukan Belia Para Asia (AYPG) apabila memberi laluan kepada Uzbekistan untuk menganjurkan temasya sukan berkenaan buat pertama kali pada edisi 2025.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata perkara itu diputuskan pihaknya bersama kerajaan Sarawak untuk memberi keutamaan kepada negara belum pernah menganjurkan AYPG sebelum ini memandangkan Malaysia sudah menjadi hos AYPG di Kuala Lumpur pada 2013.
"Malaysia melalui Kuching, Sarawak menunjukkan semangat kesukanan tinggi kerana memberi laluan kepada negara yang belum pernah menganjurkan AYPG. Dari segi meritnya, Sarawak mempunyai stadium dan fasiliti lengkap namun kita memutuskan agar setiap negara dapat merasai penganjuran temasya itu.
"Saya sangat berterima kasih kepada bekas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah atas keperibadian tinggi beliau dan pihak kerajaan negeri untuk memberi peluang kepada Uzbekistan menjadi hos AYPG 2025," katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen kebangsaan yang akan bertanding pada AYPG 2021 di Manama, Bahrain, dari 2 hingga 6 Dis ini.
Pada 3 Nov lepas, Megat Shahriman mengumumkan Kuching disenarai pendek untuk menjadi tuan rumah AYPG 2025 oleh Jawatankuasa Paralimpik Asia.
Mengenai AYPG 2021 di Manama, beliau memaklumkan sukan renang, powerlifting dan olahraga berpotensi menyumbangkan pingat buat negara walaupun MPM tidak meletakkan sebarang sasaran buat mereka kali ini.
Katanya, tumpuan sudah semestinya diberikan kepada perenang, Brenda Anellia Larry yang diyakini mampu mencerikan kontinjen negara selepas mempunyai pengalaman beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo, baru-baru ini.
Sementara itu, Megat Shahriman mengingatkan barisan atlet agar tidak mengambil sikap sambil lewa, sebaliknya berjuang bersungguh-sungguh ketika menggalas cabaran negara di temasya sukan tersebut.
Beliau menegaskan para para harus mempunyai semangat juang yang tinggi kerana menyifatkan AYPG 2021 sebagai medan 'hidup dan mati' mereka jika ingin terus dipanggil mewakili negara mahupun tersenarai dalam program latihan kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) pada masa depan.
Seramai 13 atlet akan membawa cabaran Malaysia pada AYPG 2021 dalam enam jenis sukan iaitu olahraga, badminton, boccia, renang, pingpong dan powerlifting.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Megat Shahriman mengingatkan barisan atlet agar tidak mengambil sikap sambil lewa, sebaliknya berjuang bersungguh-sungguh ketika menggalas cabaran negara di temasya sukan AYPG. - Gambar fail
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak
Forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.
RWMF 2024: Kitaro, legenda yang tidak mahu berhenti belajar mencipta muzik
Dengan lebih 24 album terhasil sejak 1977, legenda berusia 71 tahun itu merasakan proses pembelajaran itu tidak pernah terhenti.
Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan
Walaupun banyak destinasi persaraan bernilai baik di seluruh dunia, International Living Magazine menonjolkan Kuching antara 13 tempat yang luar biasa.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian pelajar berhampiran pusat hiburan
Sebuah pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian pelajar wanita yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di Kuching.
Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia
Penganjur yakin jelajah pada 27 Okt di Hikmah Exchange itu akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej Yuna yang tidak asing lagi.
Ada baiknya kerajaan terkebelakang dalam dasar teknologi - Pakar Dasar Teknologi
"Kerajaan harus fahami bahawa persediaan dan mekanisme yang mereka ada tidak membolehkan mereka untuk bergerak sepantas keperluan pasaran."
WCIT 2023 beri tumpuan terhadap ekonomi hijau
WCIT 2023 dibuka hari ini hingga 6 Oktober, bersama Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) ke-6 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
PM Anwar pengerusi Mesyuarat Kabinet di Kuching
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching.