KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan meraih kekalahan sulung dalam kempen Kejohanan Piala Asia B-23 2022 selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, malam ini.
Pada aksi di Stadium Lokomotiv itu, Korea Selatan di bawah bimbingan Hwang Sun-Hong ternyata berada di kelas tersendiri apabila lebih tenang menunggu masa tepat untuk meledak jaringan sementara kegopohan pasukan muda negara di saat akhir membawa padah.
Skuad kebangsaan bimbingan Brad Maloney yang memburu keputusan positif bagi mengubati kekecewaan di Sukan SEA ke-31 baru-baru ini, memulakan permainan dengan lebih banyak bertahan sebelum asakan demi asakan menyaksikan gawang negara akhirnya dibolosi pada minit ke-31.
Jaringan itu dihasilkan ketua pasukan Korea Selatan, Lee Sang-Min yang melompat tinggi untuk menanduk masuk sepakan penjuru sekali gus menjadi gol tunggal perlawanan di babak pertama.
Korea Selatan kemudian hanya memerlukan empat minit selepas memulakan babak kedua untuk menggandakan jaringan menerusi Kim Tae-Hwan yang melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol kebangsaan Muhammad Rahadiazli Rahalim.
Ketinggalan 0-2, Malaysia bangkit memperkemaskan permainan dan berpeluang merapatkan kedudukan, namun percubaan ketua pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang telah menewaskan penjaga gol Goh Dong-Min selepas menerima hantaran Quentin Chen gagal tepat ke sasaran.
Muhammad Mukhairi bagaimanapun berjaya mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-83 selepas menyambar hantaran cantik Nik Akif Syahiran Nik Mat sebelum tenang melepaskan rembatan leret menewaskan Dong-Min.
Keghairahan anak buah Maloney memburu jaringan penyamaan membawa padah apabila Korea Selatan bijak menghidu kepincangan barisan pertahanan negara untuk membenarkan pemain gantian Cho Young-Wook meledak dua gol di penghujung permainan.
Dengan kejayaan itu Korea Selatan kini mendahului saingan Kumpulan C sementara satu lagi aksi kumpulan antara Thailand dan Vietnam di Stadium Bunyodkor, Tashkent sedang berlangsung.
Malaysia akan bertemu Thailand Ahad ini sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang pemenang pingat emas Sukan SEA ke-31, Vietnam pada 8 Jun dalam merebut dua tempat teratas bagi mara ke pusingan suku akhir.
Sebagai rekod, Skuad B-23 kebangsaan mencipta sejarah layak ke suku akhir kejohanan pada edisi 2018 di China yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022

Skuad bimbingan Brad Maloney memulakan permainan dengan lebih banyak bertahan sebelum asakan demi asakan menyaksikan gawang negara akhirnya dibolosi. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.

Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.

Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.

Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.

Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.

Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.