MESEJ Krismas daripada Jurgen Klopp kali ini ternyata lain sekali daripada yang sebelum-sebelumnya.
Sambil berulang kali mengatakan dia bukan jenis yang gemar merenung ke belakang kepada peristiwa lalu, namun pengurus Liverpool itu juga manusia biasa yang mudah terbuai-buai oleh sesuatu yang indah.
Laman uk.sports.yahoo.com berkongsi bagaimana jurulatih berbangsa Jerman itu menyorot pencapaian pasukannya sepanjang 2019 dengan hanya satu perkataan: “Wow”.
Skuad The Reds itu ditabalkan Raja Eropah buat kali keenam hasil kemenangan 2-0 ke atas lawan domestik, Tottenham Hotspur, dalam final Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Wanda Metropolitano, Madrid, 1 Jun lalu.
Perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018-19 pula menyaksikan Liverpool terlepasnya dengan perbezaan hanya satu mata dengan Manchester City tapi anak buah Klopp itu kini berkelebihan 10 mata di puncak liga dan memiliki satu perlawanan dalam tangan sambil mereka berkira-kira untuk unggul kali ini.
Liverpool turut menambah Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA dalam koleksi mereka di bawah bimbingan Klopp – yang di sebalik bertegas bahawa dia bukan seorang yang gemar merenung ke belakang – menyorot tempoh 12 bulan yang membanggakan dengan menyifatkan pemain-pemainya “raksasa mentaliti”.
“Ia secara alamiah adalah satu tempoh untuk menyorot satu tahun menakjubkan buat pemain-pemain ini, kelab ini, dan tentunya penyokong kami,” tulis Klopp dalam ucapan Krismasnya di laman rasmi kelab itu.
"Saya fikir anda sudah cukup mengenali saya, saya bukanlah jenis yang gemar memandang ke belakang, tidak ketika masih ada kerja yang perlu dilakukan.
“Tapi bagaimana saya boleh tidak mengendahkan apa yang kami semua alami tahun ini?
"Saya hanya ada satu perkataan untuknya: Wow.
“Saya sangat bangga dengan banyak perkara, pertamanya untuk semua orang yang memiliki peluang meraikan Liverpool sebagai pemenang trofi sekali lagi.
“Untuk sepanjang hayat saya, saya tidak akan lupakan malam itu di Madrid dan keesokannya di Liverpool sambil kami membawa pulang trofi UCL.
“Saya masih ingat saya pernah berkata bandaraya ini (Liverpool) akan ‘meledak’ apabila kami memenangi trofi tapi saya mungkin telah memandang rendah kepadanya sedikit.
"Semua pemandangan itu… Saya tidak dapat memikirkannya sekarang tanpa membuat bulu roma saya berdiri.
"Hari itu, anda membuat kami mengharungi semua jenis emosi dan apabila saya bertentang mata dengan orang ramai dari atas bas, ia mengukuhkan apa yang saya tahu sejak 8 Oktober 2015 – saya adalah lelaki paling bertuah untuk menjadi sebahagian kelab ini, sebahagian keluarga istimewa ini.
“Hakikat bahawa kami juga dapat menyusuli kejayaan UCL dengan dua lagi trofi -- Piala Super dan Piala Dunia Kelab FIFA -- di samping minggu demi minggu dalam Liga Perdana, menceritakan segala-galanya mengenai pemain-pemain ini.
"Secara serius, saya tidak mungkin lebih bangga dengan menjadi pengurus pemain-pemain ini.
"Saya telah menggelar mereka ‘raksasa mentaliti’ pada detik berbeza sepanjang 2019 kerana mereka terus menghasilkan (kemenangan) tanpa mengira apa keadaannya.
"Sudah tentu ini tidak mungkin lebih baik daripada malam kami menentang Barcelona di Anfield apabila mereka memberikan lebih daripada 100 peratus, mereka mengerah diri mereka sehabis maksimum dan menghasilkan sesuatu yang istimewa.”
Astro Arena
Wed Dec 25 2019
Jurgen Klopp bercakap pada sidang media di Doha, Qatar, 20 Dis, 2019. (Foto AP/Fail)
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.