XHERDAN Shaqiri dijangka akan meninggalkan Liverpool dalam masa terdekat selepas Jurgen Klopp mengesahkan bahawa pemain tengah itu tidak dipilih ketika pasukan itu tewas kepada Arsenal dalam Piala EFL awal pagi tadi kerana sesuatu telah berlaku "di belakang tabir".
Pemain kebangsaan Switzerland itu pada awalnya dijangka akan membarisi kesebelasan utama menentang Arsenal di Anfield selepas mempamerkan aksi hebat dalam pusingan ketiga menentang Lincoln City minggu lalu -- menjaringkan gol gemilang daripada sepakan percuma.
Harry Wilson dipilih untuk menggantikan tempatnya tetapi Klopp berkata selepas tamat perlawanan itu -- di mana Arsenal menang 5-4 dalam penentuan penalti -- bahawa dia tidak mempunyai pilihan untuk meletakkan bekas pemain Stoke City berkenaan dalam senarai pemainnya.
Ditanya mengenai ketiadaan Shaqiri, Klopp berkata kepada Sky Sports: "Sesetengah mereka tidak terlibat. Ia adalah waktu pada tahun ini di mana sesuatu telah berlaku di belakang tabir dan anda perlu memberikan reaksi. Itulah yang kami lakukan."
Liverpool jelas berbeza berbanding ketika menewaskan Arsenal 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tiga hari lalu dan walaupun tewas, Klopp mendapati prestasi Liverpool dalam perlawanan itu masih membuatkannya teruja.
"Jika akan ada pemenang dalam tempoh 90 minit, pemenang itu sudah pasti kami tetapi kita bukannya berada dalam dunia mimpi. Anda perlu menjaringkan gol.
"Saya menggemari banyak perkara dalam perlawanan ini. Kami banyak menggabungkannya dan saya dapat lihat prestasi yang amat kemas.
"Penentuan penalti amat rumit, semua tahu mengenainya.
"Saya amat gemar dengan apa yang pemain kami lakukan. Terdapat banyak prestasi individu yang bagus.
"Ia hampir sama seperti perlawanan EPL tetapi di sini, kami kekurangan daripada segi hantaran terakhir.
"Tidak banyak peluang tercipta dalam perlawanan ini kerana terdapat banyak pergerakan daripada kedua-dua pasukan untuk menghalang sesama sendiri," katanya lagi.
Astro Arena
Fri Oct 02 2020

Xherdan Shaqiri dijangka akan meninggalkan Liverpool dalam masa terdekat. - Gambar fail

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa
Shaqiri bermain hanya dua kali pada kejohanan Euro 2024 di Jerman, beraksi selama 71 minit untuk Switzerland.

Euro 2020: Gol berganda Shaqiri buka peluang Switzerland ke pusingan 16
Haris Seferovic meletakkan Switzerland di depan menerusi penyudahnya dari jarak 20 ela pada minit keenam.

Klopp beri bayangan Shaqiri akan tinggalkan Liverpool
Pemain kebangsaan Switzerland itu pada awalnya dijangka akan membarisi kesebelasan utama menentang Arsenal di Anfield selepas mempamerkan aksi hebat minggu lalu.

Liverpool jauh lebih hebat daripada Manchester United musim ini
Data perlawanan menunjukkan penguasaan penuh Liverpool walaupun bolos sekali di Anfield malam tadi.

Shaqiri, Xhaka hadapi tindakan disiplin
Gandingan itu meledak dalam separuh masa kedua untuk membantu Switzerland meraih kemenangan 2-1 di Russia, tetapi cara mereka meraikan gol mencuri perhatian ramai pihak.

'Dendam' anak Kosovo terlunas
Pertembungan di Kaliningrad petang Jumaat itu tidak sekadar sebuah perlawanan bola sepak intens, tetapi bergelumang dengan sejarah silam.

Wira X-Men baru dalam Piala Dunia
Pemain tengah Arsenal itu, yang memperbaharui kontraknya di kelab itu minggu lalu, melepaskan rembatan dari jarak 25 meter untuk Switzerland menyamakan kedudukan 1-1.

Gol solo Shaqiri lengkapkan kebangkitan Switzerland
Dua gol cantik daripada Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri pastikan kebangkitan indah Die Nati untuk selangkah ke pusingan 16 terakhir.

Hatrik Xherdan Shaqiri bantu Switzerland layak ke pusingan kalah mati
Hatrik penyerang Switzerland, Xherdan Shaqiri bantu Switzerland benam Honduras dan layak ke pusingan seterusnya mengiringi Perancis.