Karier Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih Amerika Syarikat (AS) selama lima tahun berakhir apabila beliau dipecat selepas dua kekalahan memalukan.
Badan induk bola sepak AS mengumumkan telah memecat Klinsmann sebagai jurulatih dan pengarah teknikal pasukan kebangsaan selepas dimalukan dengan kekalahan 4-0 kepada Costa Rica dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon CONCACAF, minggu lalu.
Keputusan kekalahan itu adalah yang terburuk buat AS dalam kempen kelayakan Piala Dunia sejak 1957, yang menyaksikan AS terperosok di dasar kumpulan kelayakan Piala Dunia, ekoran kekalahan 2-1 kepada Mexico, empat hari sebelum itu.
Klinsmann mencatatkan rekod 55 kemenangan, 27 seri dan 16 kekalahan sepanjang mengemudi pasukan itu, termasuk kejayaan kemenangan paling panjang dalam sejarah AS dengan 12 perlawanan berturut-turut pada 2013.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jurgen di atas kerja keras dan komitmennya sepanjang lima tahun ini," ujar Presiden Bola Sepak AS, Sunil Gulati.
"Beliau bertanggungjawab dalam menjayakan program ini, ia dianggap sebagai satu kejayaan."
AS masih lagi mempunyai baki lapan perlawanan dalam kempen kelayakan Piala Dunia, dan untuk itu Gulati percaya mereka masih mempunyai peluang untuk bangkit.
"Kami tetap yakin kerana kami mempunyai pemain berkualiti yang boleh membantu kami layak ke Russia 2018. Perkembangan pasukan ini meyakinkan kami untuk melakukan pembaharuan," katanya.
"Perlawanan seterusnya adalah pada Mac nanti, kami mempunyai beberapa bulan lagi untuk kembali fokus dan mencapai keputusan untuk memastikan kami layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut."
Pasukan itu masih belum memutuskan pengganti Klinsmann, namun jurulatih Los Angeles Galaxy, Bruce Arena, yang pernah mengendalikan skuad itu di Piala Dunia 2002 dan 2006 disebut-sebut sebagai pilihan untuk menyandang jawatan itu.
Astro Arena
Tue Nov 22 2016

Keputusan memecat Klinsmann dibuat selepas AS dimalukan dengan kekalahan 4-0 kpada Costa Rica dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon CONCACAF, minggu lalu. - Foto Trevor Ruszkowski-USA TODAY Sports
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.

Perbicaraan warga Singapura kes curi mata wang kripto di AS pada 6 Okt
Mahkamah Amerika Syarikat (AS) menetapkan 6 Oktober tahun ini sebagai perbicaraan Malone Lam, lelaki warga Singapura yang didakwa mencuri dan melakukan pengubahan wang haram lebih US$230 juta.

Penangguhan bantuan AS kepada Ukraine langkah strategik dorong ke arah keamanan - Penganalisis
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini untuk menangguhkan bantuan ketenteraan negara itu kepada Ukraine telah menarik perhatian antarabangsa.

Ramai rakyat Amerika tidak bersetuju tarif ke atas China, Mexico, Kanada - Tinjauan
Sebanyak 63 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak menyokong keputusan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari China, Mexico dan Kanada.

Trump persoal pakatan keselamatan, Jepun suarakan 'keyakinan penuh' kepada AS
Jepun pada Jumaat menyuarakan "keyakinan penuh" bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian keselamatan dua hala untuk mempertahankan negara Asia itu.

Trump sahkan AS 'sedang berbincang dengan Hamas'
Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).