KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC berada dalam 'kumpulan maut' apabila diundi dalam Kumpulan B bersama juara Liga Thailand 2022/2023, Buriram United FC, pada edisi sulung Kejuaraan Kelab Asia Tenggara 2024/2025 (Piala Shopee) yang bakal membuka tirai Julai ini.
Majlis undian hari ini menyaksikan skuad kendalian Miroslav Kuljanac itu, yang menyertai saingan atas tiket naib juara Piala FA 2023, juga akan berentap dengan kelab dari Singapura, Lion City Sailors FC dan juara Liga Filipina, Kaya FC-Iloilo.
The City Boys dijangka menempuh laluan sukar apabila turut diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan juara Liga Vietnam bimbingan Kiatisuk Senamuang atau nama julukannya Zico, Cong An Ha Noi FC, selain Kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda yang kini mendahului Liga 1 Indonesia 2023/2024.
Sementara itu, satu lagi kelab daripada Liga Super, Terengganu FC (TFC) pula diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara liga Thailand BG Pathum United, PSM Makassar FC (Indonesia) dan Dong A Thanh Hoa FC (Vietnam).
Dua lagi kelab yang akan turut serta dalam Kumpulan A ialah pemenang Play-Off 1 antara Young Elephants FC (Laos) berdepan Svay Rieng FC (Kemboja) dan pemenang Play-Off 2 iaitu antara Kasuka FC (Brunei) menentang Shan United FC (Myanmar).
Perlawanan play-off akan berlangsung secara timbal balik dengan perlawanan pertama dan kedua masing-masing pada 17 dan 24 Julai ini.
Hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada April tahun depan manakala saingan final berlangsung secara timbal balik pada 14 dan 21 Mei 2025.
TFC selaku naib juara Liga Super 2023 dan KL City sebagai naib juara Piala FA musim sama melayakkan kedua-dua kelab itu untuk bertanding pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Skuad kendalian Miroslav Kuljanac itu juga akan berentap dengan kelab dari Singapura, Lion City Sailors FC dan juara Liga Filipina, Kaya FC-Iloilo. - Gambar fail/Bernama
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Fahmi optimis kepimpinan baharu mampu pacu KL City ke tahap membanggakan
Fahmi optimis Syed Yazid mampu menguruskan entiti itu dengan baik terutama dalam memastikan kedudukan kewangan skuad ibu kota lebih stabil.
KL City terima dua bulan gaji minggu depan
Menteri Wilayah Persekutuan dan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur akan turut bantu selesaikan masalah pemain skuad warga kota.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
KL City dalam kumpulan maut Kejuaraan Kelab Asia Tenggara
Kuala Lumpur City FC berada dalam 'kumpulan maut' apabila diundi dalam Kumpulan B bersama juara Liga Thailand 2022/2023, Buriram United FC, pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara 2024/2025.
Pramusim sempurna buat KL City FC keutamaan saya - Fahmi
Fahmi mahu membantu memastikan semua keperluan KL City dapat diuruskan dengan baik supaya ia cukup bersedia untuk memulakan musim baharu.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Fahmi komited selesai isu tunggakan gaji KL City dalam kadar segera
Isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.
KL City ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
KL City menerima khabar duka apabila ketua jurulatihnya, Nenad Bacina mengumumkan peletakan jawatannya.
KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.