BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad menyambut baik keputusan pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) dengan berpendapat Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin sudah memikirkan perkara itu semasak-masaknya ketika temasya Sukan Olimpik Rio semakin hampir.
"Saya kira YB menteri sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya apabila beliau membuat keputusan untuk membawa Dr Mohd Khairi Zawi datang ke ISN untuk menerajui organisasi yang penting ini," katanya ketika ditemubual oleh Nadi Arena.
Mohd Khairi, Seorang ahli akademik berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dilantik sebagai CEO ISN yang baharu berkuatkuasa 15 Jan ini. Beliau menggantikan Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang telah berkhidmat di ISN sejak 2013.
"Pada saya tidak banyak kesan yang akan timbul kepada program persediaan Olimpik di Rio oleh kerana perkara itu telah diatur, siapa atlet yang patut layak untuk sertai mana-mana pertandingan, memandangkan tempoh untuk melayakkan diri berakhir pada Mei ini. Saya fikir tiada masalah besar.
"Saya fikir, menteri membuat keputusan menggantikan CEO ISN pada masa ini memandangkan sasaran yang realistik yang telah ditetapkan pada Olimpik 2020. Itu jangka masa yang munasabah bagi program podium bagi Sukan Olimpik.
"Jadi pertukaran CEO ini memberi ruang dan masa kepada pemimpin baru selama 2 tahun untuk Sukan Komanwel dan 4 tahun untuk Sukan Olimpik di Tokyo," kata Mazlan yang juga panel penasihat sukan.
Mohd Khairi, 52, yang kini berkhidmat sebagai Ketua Program Siswazah (Doktor Falsafah) Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai kelulusan PhD pengkhususan dalam bidang Kemahiran Motor dan Biomekanik Sukan.
Mohd Khairi juga pernah menjadi juruperunding semakan Dasar Sukan Negara 1998, juruperunding Pelan Pembangunan Sukan Negeri Terengganu serta pelan Pembangunan Sepak Takraw 10 tahun Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Beliau juga pernah menjadi anggota panel penggubal Kurikulum Kejurulatihan Sains Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) pada 2006-2008 serta anggota panel Jawatankuasa Khas Teknikal dan Saintifik bagi Program Gemilang 2006.
Astro Arena
Sun Jan 10 2016
MAZLAN: Saya kira YB menteri sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya apabila beliau membuat keputusan untuk membawa Dr Mohd Khairi Zawi datang ke ISN untuk menerajui organisasi yang penting ini. - Foto Astro Arena
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
KJ sudah fikir masak-masak sebelum tukar CEO - Mazlan
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad menyambut baik keputusan pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) dengan berpendapat Menteri Belia dan Suk