Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee mengugurkan Bobby Gonzales, Mohamad Firdaus Muhamad, Mohammad Ridzuan Abdunloh Pula dan Mohamad Faizat Mohamad Ghazli dalam senarai skuad kebangsaan ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.
Kim Swee berkata nasib seorang lagi pemain bergantung kepada status kecederaan bahagian belakang yang dialami oleh A.Thamilarasu pada perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Yemen di Stadium Shah Alam, hari ini.
"Saya sebenarnya terpaksa memilih antara Farhan (Mohd Nor Farhan Mohamad) dan Bobby...kalau diberi peluang saya mahu memilih kedua-dua sekali namun Farhan
boleh beraksi di posisi sebelah kanan dan kiri.
"Pemain akan bertolak ke China esok untuk satu lagi perlawanan persahabatan sebelum ke Korea," katanya kepada pemberita selepas pasukannya kalah 1-0 kepada Yemen.
Mengulas kekalahan tersebut, Kim Swee berkata skuad negara masih tumpul di bahagian serangan namun yakin dapat mengatasi kelemahan itu sebelum ke Incheon.
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengn persembahan pasukan. Saya nampak skuad ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya pada bahagian serangan," katanya.
Selepas ini, skuad negara sekali lagi diuji menerusi perlawanan persahabatan dengan China pada 10 Sept ini sebelum berlepas ke Incheon.
Pada Sukan Asia, Malaysia berada dalam Kumpulan A dan akan menentang Korea Selatan pada aksi pembuka tirai pada 14 Sept nanti sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan bersama Arab Saudi dan Laos.
Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas daripada setiap lapan kumpulan layak ke pusingan kedua.
Bernama
Sun Sep 07 2014
Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee mengugurkan empat pemain dalam skuad kebangsaan ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.

ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS

Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Kim Swee gugur empat nama ke Incheon
Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee mengugurkan empat pemain dalam skuad kebangsaan ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.