Ketua jurulatih skuad Bawah-23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan senarai 26 pemain yang dipilih untuk kem latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan bermula 17 Disember.
Ia adalah sebagai persediaan untuk Kejuaraan B-23 AFC 2018 pada 9 hingga 27 Januari depan di Jiangsu, China.
Berdasarkan senarai tersebut, Kim Swee menggugurkan penjaga gol Amierul Hakimi Awang dari Terengganu FC II; Sean Eugene Selvaraj, Selangor serta Danial Ashraf Abdullah, Kelantan yang mengalami kecederaan.
Mereka merupakan daripada senarai awal 29 pemain yang menjalani latihan pusat selama tiga minggu di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak 27 November lalu.
“Selepas mengambil kira semua faktor, satu keputusan yang amat sukar untuk saya lakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini merujuk kepada pengguguran beberapa pemain tersebut.
Skuad kendalian Kim Swee itu semalam terikat tanpa jaringan dengan Melaka United dalam aksi persahabatan kedua di Stadium Shah Alam, selepas mereka membelasah PJ Rangers FC 8-2 pada aksi persahabatan pertama di Padang Wisma FAM, Sabtu lepas.
BACA: Kim Swee dalam dilema tentukan senarai akhir pemain
Menurut kenyataan itu, skuad 26 pemain tersebut akan berlepas ke Mokpo pada Ahad ini bagi menjalani latihan serta menghadapi tiga perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan Korea Selatan iaitu Mokpo City pada 20 Disember, Jeonju University pada 22 Disember dan Jeonju Citizen pada 28 Disember.
Selepas mengharungi tiga aksi persahabatan itu, Kim Swee akan menyenaraikan senarai akhir 23 pemain ke Kejuaraan B-23 AFC 2018, apabila mereka terbang dari Korea Selatan ke Nanjing, China pada 30 Disember untuk satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa pada 5 Januari 2018.
Skuad negara yang dijadualkan tiba di Changshu pada 6 Januari untuk memulakan saingan peringkat Kumpulan C menentang Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.
Malaysia perlu muncul sebagai dua pasukan teratas kumpulan untuk mara ke peringkat suku akhir yang akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2017

Ketua jurulatih skuad Bawah-23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menggugurkan tiga pemain selepas mereka mengalami kecederaan. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kim Swee bawa 26 pemain ke Korea Selatan
Kim Swee menggugurkan penjaga gol Amierul Hakimi Awang dari Terengganu FC II; Sean Eugene Selvaraj, Selangor serta Danial Ashraf Abdullah, Kelantan yang mengalami kecederaan