Kekuatan dan kelemahan sebenar skuad Bawah-23 (B-23) tahun negara, akan diukur pada aksi persahabatan terakhir menentang pasukan B-23 Syria di Nanjing, China pada Jumaat depan , sebelum memulakan saingan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 bermula dari 9 hingga 27 Jan tahun hadapan.
Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata, setelah mengharungi tiga perlawanan persahabatan berintensiti tinggi menentang kelab di Korea Selatan, anak buahnya masih perlu memperbaiki beberapa perkara lagi.
"Objektif utama kita telah dicapai melalui aksi-aksi cukup berintensiti tinggi dan keseluruhan kita masih lagi perlu memperbaiki pada perlawanan terakhir menentang pasukan B-23 Syria, yang bakal mengukur kekuatan dan kelemahan sebenar kita.
"Kita tidak membandingkan pusingan kelayakan dan perlawanan persahabatan, namun dari sudut analisis saya percaya pemain bertambah baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan, tetapi, yang paling penting, para pemain akan sampai ke puncak apabila kejohanan bermula di China nanti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada aksi persahabatan terakhir hari ini, skuad kendaliannya terikat 1-1 menentang Jeonju Citizen FC, apabila tuan rumah membuka jaringan menerusi Oh Tae Hwan pada minit ke-15, sebelum Safawi Rasid menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75.
"Keputusan tiga aksi di Korea ini tidak memberi sebarang impak mahupun tekanan, tetapi kualiti permainan amat penting. Kita berjaya mengenal pasti segala kelemahan dan pada masa yang sama memperbaikinya, terutamanya perlawanan hari ini," kata pengendali yang berasal dari Melaka itu.
Pada dua aksi persahabatan sebelum ini, skuad negara menewaskan Honam University 1-0 pada Jumaat dan terikat 1-1 menentang Mokpo City FC pada aksi sulung, Rabu lepas.
Kim Swee dijangka menggugurkan tiga pemain bagi melengkapkan senarai akhir skuad 23 pemain ke Kejuaraan B-23 AFC 2018 esok, sebelum berlepas ke Nanjing pada Sabtu ini.
Skuad negara yang diundi dalam kumpulan C, akan membuka kempen Kejohanan Piala AFC B-23 2018 berdepan Iraq pada 10 Jan diikuti perlawanan menentang Jordan (13 Jan) sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Arab Saudi (16 Jan).
Malaysia perlu muncul sebagai dua pasukan teratas kumpulan untuk mara ke peringkat suku akhir yang akan berlangsung pada 20 Jan, diikuti separuh akhir pada 23 Jan dan final pada 27 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017
Kim Swee dijangka menggugurkan tiga pemain bagi melengkapkan senarai akhir skuad 23 pemain ke Kejuaraan B-23 AFC 2018 esok, sebelum berlepas ke Nanjing pada Sabtu ini. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.