Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersetuju dengan teguran Sultan Selangor supaya kerajaan negeri menukar slogan "KitaLawan untuk kontinjen Selangor bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, tahun depan.
Khairy berkata beliau bersependapat dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa acara sukan tidak dicemari dengan unsur-unsur politik.
Beliau berkata slogan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu jelas berbaur politik kerana slogan kontroversi itu digunakan dalam kempen politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Slogan #KitaLawan digunakan oleh penyokong PKR untuk kempen membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.
"Sebagai menteri sukan, saya bersetuju dengan Sultan Selangor dan sukan tidak perlu dipolitikkan...dan politik tidak ada tempat dalam sukan," katanya.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran acara Fit Malaysia peringkat negeri yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Padang Merdeka, di sini pada Ahad.
Katanya beliau berpegang kepada prinsip bahawa sukan tidak sama sekali dipolitikkan dan tindakan kerajaan negeri Selangor telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan atlet negeri itu.
"Kerajaan Selangor amat degil kerana tidak mahu mengubah slogan itu dengan memberi pelbagai alasan. Saya cadangkan kepada kerajaan negeri itu supaya mendengar kepada pemerintah mereka dan ubah slogan itu," katanya.
Bulan lepas, kerajaan Selangor menerusi exco sukan, Amiruddin Saari mengumumkan kontinjen Sukma negeri itu akan mengguna pakai slogan #KitaLawan.
Bernama
Sun Apr 12 2015
KHAIRY: Sebagai menteri sukan, saya bersetuju dengan Sultan Selangor dan sukan tidak perlu dipolitikkan. - Foto Fail
Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah Mais
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.
Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di 9 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan hingga 6 petang ini.
[TERKINI] Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Ikuti langsung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
MOTAC perlu perincikan nilai, tawaran MM2H kepada warga asing
Menurut Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan, langkah itu penting kerana tidak mahu mana-mana pihak ambil kesempatan membina rumah untuk warga asing dan bukan rakyat Malaysia. #SisiTVParlimen
#AWANIByte: HUAWEI lancar MatePad 12 X dan jam pintar HUAWEI WATCH D2
Huawei telah melancarkan produk baharu yang hebat dalam kategori tablet dan jam pintar, termasuk HUAWEI MatePad 12 X dan HUAWEI WATCH D2.
HUAWEI MatePad 12 X hadir dengan WPS Office taraf PC, Huawei Notes dengan ciri rakaman audio interaktif, One-touch Split-screen untuk multi-tugas, serta skrin PaperMatte anti silau dan anti pantulan. Ia turut datang dengan Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil Third Gen yang disokong olehteknologi NearLink untuk pengalaman kerja yang lancar.
HUAWEI WATCH D2, jam pintar pertama Huawei dengan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori (ABPM), diluluskan oleh MDA Malaysia, MDR Eropah, dan NMPA China. Ia memantau tekanan darah sepanjang hari untuk kesihatan yang lebih terjamin.
HUAWEI MatePad 12 X boleh didapati pada RM2,999 dan HUAWEI WATCH D2 boleh didapati pada RM1,999. Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan, harga, dan promosi terkini HUAWEI, layari Laman Web Rasmi HUAWEI, juga laman rasmi Facebook dan Instagram HUAWEI.
HUAWEI MatePad 12 X hadir dengan WPS Office taraf PC, Huawei Notes dengan ciri rakaman audio interaktif, One-touch Split-screen untuk multi-tugas, serta skrin PaperMatte anti silau dan anti pantulan. Ia turut datang dengan Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil Third Gen yang disokong olehteknologi NearLink untuk pengalaman kerja yang lancar.
HUAWEI WATCH D2, jam pintar pertama Huawei dengan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori (ABPM), diluluskan oleh MDA Malaysia, MDR Eropah, dan NMPA China. Ia memantau tekanan darah sepanjang hari untuk kesihatan yang lebih terjamin.
HUAWEI MatePad 12 X boleh didapati pada RM2,999 dan HUAWEI WATCH D2 boleh didapati pada RM1,999. Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan, harga, dan promosi terkini HUAWEI, layari Laman Web Rasmi HUAWEI, juga laman rasmi Facebook dan Instagram HUAWEI.
Tiada penyelarasan dalam perlesenan perlancongan
Sambil memberi contoh, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Moktar Radin berkata, pelancong Korea yang melawat ke Sabah tidak dapat dinikmati oleh operator-operator pelancongan tempatan.
Angka korban serangan di Lubnan meningkat kepada 3,754
Angka korban akibat serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 3,754 orang pada Sabtu.
Sunting video temu bual PM: Lebih sesuai PDRM jawab
Kementerian Komunikasi menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengulas sama ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang didakwa menyunting video temubual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Richard Quest daripada CNN baru-baru ini.
Dewan Rakyat kecoh, Mas Ermieyati kritik Menteri Pelancongan isu papan tanda dwibahasa
Dewan Rakyat kecoh selepas Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan kenyataan Datuk Seri Tiong King Sing berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tidak benar dan memalukan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.