Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kewangan yang dipengerusikan oleh menteri di kementerian itu bagi memantau segala transaksi kewangan kementerian dan agensi di bawahnya.
Beliau berkata ia bertujuan menambah baik prosedur kewangan sedia ada supaya pemantauan lebih rapi boleh dilaksanakan menteri sendiri dengan bantuan pegawai-pegawai kanan bagi mengelak ketirisan, salah guna kuasa dan penyelewengan.
"Saya cadangkan supaya Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kewangan di kementerian saya ditubuhkan terlebih dahulu dan dipengerusikan oleh menteri sendiri. Ini tidak pernah berlaku, sebab selama ini menteri tanya soal kewangan, menteri tanya KSU (Ketua Setiausaha), KSU jawab. Itu sahaja.
"Tidak ada satu jawatankuasa tetap yang boleh buat pemantauan secara berterusan berkenaan dengan perbelanjaan dan juga segala tranksaksi kewangan dalam kementerian yang dipengerusikan oleh menteri sendiri," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Shahanim Mohamad Yusoff mengenai punca masih berlakunya kelemahan prosedur dan proses kewangan di peringkat kementerian sehingga menyebabkan ketirisan, penyelewengan atau salah guna kuasa seperti kes membabitkan seorang pegawai kanan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata jawatankuasa itu mesti bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan melaporkan segala transaksi kewangan secara terperinci kepada pengerusi dan bukan hanya secara lisan.
Beliau berkata prosedur kewangan sedia ada memberi kuasa setiap keputusan kewangan terhad kepada pengawal kewangan kementerian dan menteri tidak ada kuasa mutlak ke atas keputusan tersebut.
"Perlu ada perubahan di setiap kementerian kerana dengan prosedur sekarang memberi peluang kepada pegawai kanan melakukan penyelewengan dan nampaknya ia sudahpun berlaku," katanya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Mac lalu menahan seorang pegawai kanan KBS selepas disyaki terbabit menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Bernama
Tue May 03 2016
KHAIRY JAMALUDDIN: Ia bertujuan menambah baik prosedur kewangan sedia ada supaya pemantauan lebih rapi boleh dilaksanakan. -Gambar fail
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Khairy cadang jawatankuasa tertinggi pengurusan kewangan di KBS elak ketirisan
Ia bertujuan menambah baik prosedur kewangan sedia ada supaya pemantauan lebih rapi boleh dilaksanakan.