KUALA LUMPUR: Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Affendy terlepas tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan hanya empat mata apabila hanya mampu menduduki tempat ke-33 daripada 152 peserta pada Kejohanan Lelaki Dunia ILCA 7 di Adelaide, Australia.
Pemenang pingat perak Sukan Asia dua kali itu, yang sedang berusaha untuk penampilan keempat berturut-turut di Olimpik, terlepas tujuh slot merit selepas tempat ke-33 itu meraih 165 mata bersih dalam kelayakan di Kelab Pelayaran Adelaide dari 24-31 Jan.
Emil Bengtson dari Sweden meraih tempat kelayakan terakhir selepas menduduki tempat ke-30 dengan 161 mata, manakala juara Olimpik Tokyo 2020, Matthew Wearn mempertahankan mahkota dunianya dengan 24 mata.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu catatan di media sosial memaklumkan atlet berusia 30 tahun itu mempunyai satu peluang terakhir untuk layak ke Paris 2024 apabila bertanding di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis dari 18 hingga 27 April ini.
Sementara itu, Khairulnizam yang membuat penampilan sulung Sukan Olimpik pada edisi 2012 di London, yakin akan berada di Paris 2024 walaupun tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) atau Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA).
"Ucapan terima kasih buat keluarga yang sentiasa menyokong dan membantu terutamanya dari segi kewangan untuk menyertai kejohanan ini kerana saya tidak menerima apa-apa bantuan kewangan dari MSN ataupun persatuan kebangsaan bagi kejohanan penting ini.
"Saya bersyukur kerana menerima bantuan daripada jurulatih Thailand semasa latihan dan perlumbaan di sini kerana tiada jurulatih dihantar oleh MSN atau persatuan. Dengan pelbagai halangan dan dugaan, saya masih lagi mampu untuk bersaing hingga ke perlumbaan terakhir," katanya dalam Facebooknya.
Setakat ini, pelayar wanita Nur Shazrin Latif, Johnathan Wong (menembak), Bertrand Rhodict Lises (terjun), Ariana Nur Dania Zairi (memanah) dan pelumba berbasikal Nur Aisyah Mohd Zubir (lebuh raya) telah mengesahkan tiket ke Paris Olimpik 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Acara pelayaran dijadual bermula 28 Julai hingga 8 Ogos di Marseille Marina.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
![Khairulnizam masih ada peluang terakhir ke Olimpik Paris 2024 Khairulnizam masih ada peluang terakhir ke Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706799016_KhairulnizamMohdAf.jpg)
Khairulnizam mempunyai satu peluang terakhir untuk layak ke Paris 2024 apabila bertanding di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis dari 18 hingga 27 April ini. - FB Khairulnizam Mohd Afendy
![Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720088707_deraanjing.jpg)
Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar
DVS telah merekodkan keterangan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.
![PRK Sg Bakap: Polis sahkan tahan lelaki didakwa lakukan gangguan seksual ketika kempen PRK Sg Bakap: Polis sahkan tahan lelaki didakwa lakukan gangguan seksual ketika kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
PRK Sg Bakap: Polis sahkan tahan lelaki didakwa lakukan gangguan seksual ketika kempen
Suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), hari ini.
![Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720088293_HasyimAsyari.jpg)
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
Projek infrastruktur mega mungkin diumum selepas Belanjawan 2025
Kerajaan berkemungkinan hanya akan membuat pengumuman mengenai projek infrastruktur mega seperti Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Transit Aliran Ringan (LRT) dan pelebaran lebuh raya selepas pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober ini
Labuan manfaatkan insentif i-BOX, pacu perbankan digital Islam
Pinisiatif itu bertujuan memupuk sektor perbankan digital Islam yang berkembang maju dan berdaya saing di Labuan IBFC dengan menggalakkan peserta memanfaatkan kemajuan teknologi dan menerima inovasi produk.
![Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023 sekali gus mengatasi sasaran lima tahun ditetapkan pada Rancangan Selangor Pertama (RS-1).
Thailand catat 17.5 juta ketibaan pelawat asing pada separuh pertama 2024
Thailand merekodkan ketibaan 17.5 juta pelancong asing pada separuh pertama tahun 2024 dengan pengunjung daripada China merupakan pengunjung paling ramai.
BYD buka kilang di Thailand, pertama di Asia Tenggara
Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih 1.44 bilion dolar Amerika daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.
3,000 kilang pintar dijangka sumbang RM36.8 bilion KDNK
3,000 kilang pintar dengan teknologi 5G dijangka akan menyumbang hampir RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
![Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719398388_tbHoeYeanRouxin.jpg)
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
![Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024 Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719361733_AshleyLauJenWen.jpg)
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
![Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.
![Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718320728_ShereenVallabuoy.jpg)
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
![Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714828912_HannahYeoh.jpg)
Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah
Hannah berkata para atlet negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 lebih 'lengkap' dan bersedia berbanding ketika menghadapi beberapa edisi temasya sukan terbesar dunia itu sebelum ini.
![Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715957320_TBParalimpik.jpg)
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
![Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714811206_Sivasangari.jpg)
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
![Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702106048_TBNICOLDAVID.jpg)
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan.
![Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692434880_HannahYeoh.jpg)
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
![Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706269164_HannahYeoh.jpg)
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.