Pelumba Moto2 Malaysia, Khairul Idham Pawi berazam untuk mengubah sepenuh mentalitinya dalam usaha meraih keputusan terbaik apabila Kejuaraan MotoGP 2019 bermula Mac ini.
Selepas mengharungi musim yang sukar pada 2018, pelumba Petronas Sprinta Racing berusia 20 tahun itu mahu memperbaiki pencapaiannya apabila musim baharu bermula pada Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail, nanti.
"Hasrat saya pada 2019 ini ialah mengubah sepenuhnya mentaliti saya, lupakan segalanya dan mulakan kembali supaya saya dapat memberikan yang terbaik dalam setiap perlumbaan dan mencapai keputusan positif. Kami mempunyai potensi untuk melakukannya.
"Semasa cuti musim sejuk, saya dapat berehat tetapi tidak sepenuhnya kerana saya menjalani latihan keras untuk lebih bersedia pada musim baharu ini. Ia menjadi tahun sangat penting kerana saya mahu melangkah lebih jauh.
"Saya berbasikal serta menjalani latihan di gimnasium dan bermotosikal agar bersedia untuk kembali bersaing pada Grand Prix," katanya dalam kenyataan dikeluarkan pasukan Petronas Sprinta Racing di sini hari ini, menjelang pelancaran pasukan berkenaan di ibu negara pada 28 Jan ini.
Setelah pencapaian mendatar selepas dua musim bersama Idemitsu Honda Team Asia sejak penampilan pertamanya dalam Moto2 pada 2017, Khairul mengakui bahawa beliau perlu mengubah gaya tunggangannya pada musim ini walaupun menggunakan jentera sama, Kalex, namun dikuasakan dengan enjin baharu.
"Ia motosikal yang berbeza, maka terdapat beberapa aspek dalam tunggangan saya perlu diubah untuk disesuaikan dengan jentera itu. Terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua motosikal itu. Saya gemar motosikal musim lepas, namun ciri-cirinya sedikit berbeza," katanya.
Mengenai objektif sesi ujian seterusnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 11-13 Feb depan, Khairul berkata pasukannya perlu mendapatkan hasil terbaik terhadap enjin baharu itu, dan menjangkakan kerja yang mudah sebagai pasukan tuan rumah kerana lebih mengetahui keadaan trek tersebut.
Khairul yang muncul pelumba pertama Malaysia pernah meraih kemenangan grand prix dalam Moto3 pada 2016, juga melahirkan rasa bangga kerana dapat mewakili pasukan Malaysia dalam kejuaraan Moto2 itu, yang melibatkan ramai rakan senegara dalam struktur pasukan berkenaan.
"Saya berasa sangat selesa berada dalam pasukan ini, dan saya suka menjadi sebahagian daripada struktur pasukan ini, yang akan bersaing dalam kesemua ketiga-tiga kategori (MotoGP)," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 22 2019
Khairul mengakui bahawa beliau perlu mengubah gaya tunggangannya pada musim ini. - Twitter/@khairulidham89
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
Rasuah: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura kembali ke tanah air
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sudah kembali semula ke tanah air dan turut menyerahkan pasport miliknya.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas
Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas.
MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!
Persediaan lebih awal yang dilakukan, disokong sambutan hangat peminat, menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya.
Pengunjung diminta patuh peraturan keselamatan sepanjang GP Malaysia 2023
Pengunjung perlumbaan GP Malaysia 2023 di SIC yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.