KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong dalam usaha mengejar slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, susulan kecederaan dialaminya.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata sebaliknya Tze Yong yang dijadual menyertai dua kejohanan kelayakan Olimpik iaitu Terbuka Perancis pada 5 hingga10 Mac, diikuti All England pada 12 hingga 17 Mac ini, diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong disahkan mengalami kesakitan tulang belakang akibat kecederaan dialami sewaktu Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, Selangor, minggu lepas.
"Seperti kita sedia maklum, beliau mengalami kecederaan yang agak serius. Tentu sahaja kita harap kecederaan ini tidak akan halang penglibatannya untuk meneruskan kejohanan kelayakan Olimpik.
"Namun kita meletakkan kesihatan Tze Yong lebih penting daripada kelayakan tersebut. Kita tak mahu sekiranya beliau dibenarkan bertanding, akan menyebabkan kecederaan yang berkekalan serta susah dirawat," katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, di sini hari ini.
Mohamad Norza berkata badan induk sukan itu mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menangani isu kecederaan itu selain mengharapkan yang terbaik buat pemain berusia 23 tahun berkenaan.
"Saya fikir kita kena tengok secara terperinci laporan perubatan itu sama ada untuk beliau teruskan penyertaan kejohanan kelayakan atau tidak.
"Saya juga mahu pihak terlibat berbincang dengan beliau. Kami tak mahu memaksanya jika rasa belum bersedia. Saya harap Institut Sukan Negara (ISN) dan barisan kejurulatihan boleh membantu merencanakan dan melihat kejohanan mana yang beliau boleh libatkan diri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024

Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu. - Gambar fail

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

Dua ekor lembu golek hidangan istimewa 'Iftar on the road'
Lembu golek jadi menu istimewa berbuka puasa kepada pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square, Kepala Batas sempena program 'Iftar on the road.'
Mark Carney angkat sumpah sebagai PM baharu Kanada
Ahli ekonomi dan pendatang baharu dalam politik, Mark Carney, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu pada Jumaat.

Palestin tegaskan penyelesaian dua negara demi keamanan
Penyelesaian mesti membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Terdapat peningkatan membimbangkan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan terdapat peningkatan yang membimbangkan terhadap kebencian dan diskriminasi terhadap umat Islam di seluruh dunia.
70 calon bakal berentap dalam CEC DAP
Sebanyak 70 calon akan berentap merebut 30 tempat dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang akan berlangsung pada Ahad di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, Selangor.
Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Ketua kumpulan militan Daesh di Iraq telah terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh Pasukan Perisikan Kebangsaan Iraq dengan kerjasama tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat.
AS isytihar Duta Afrika Selatan Persona Non Grata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengisytiharkan Duta Afrika Selatan ke A.S, Ebrahim Rasool sebagai persona non grata, pada Jumaat.

Anda kini boleh kongsi lokasi sendiri dengan pengguna lain melalui Google Find My Device
Google Find My Device kini berfungsi seperti Apple Find My, membolehkan pengguna Android menjadi nod carian untuk peranti atau objek pengguna lain.

Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Suspek yang terbunuh dikenal pasti sebagai Abdallah Maki Mosleh al-Rifai atau lebih dikenali sebagai "Abu Khadija."

Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.

Badminton: Tze Yong sudah kembali berlatih - Rexy
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong sudah mula menjalani latihan ringan bersama kem skuad kebangsaan sejak dua minggu lepas.

Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy
Skuad badminton negara yang hadir ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan impian untuk meraih emas sulung negara bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan dua pingat gangsa.

Rashid simpati nasib Tze Yong
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.

Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024
Ng Tze Yong bakal terlepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.

Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Dr SS Cheema berkata, sakit belakang tidak dapat diramalkan.

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir
Hannah menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, berakhir April ini.

SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.