Juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima suntikan semangat menjelang suku akhir pertama berdepan kelab South China di Stadium Mongkok, Hong Kong berikutan kesemua pemain cukup bersedia pada perlawanan hari ini.
Ketua jurulatih JDT, Mario Gomez berkata pasukan itu mengintai satu lagi kejayaan di kejohanan peringkat benua, selepas berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super untuk musim ketiga berturut-turut sejak 2014, pada minggu lepas.
"Sudah tentu kami gembira berjaya merangkul piala Liga Super dan itu sasaran utama kami, namun kini kami mempunyai sasaran baharu untuk mempertahan gelaran Piala AFC," katanya seperti dipetik dalam laman web AFC www.the-afc.com.
"Ini tahap tertinggi kita dapat beraksi, ia kejohanan antarabangsa dan kami mahu menang setiap perlawanan dalam setiap kejohanan yang disertai," kata jurulatih berasal dari Argentina itu.
Gomez berkata beliau cukup tahu kemampuan pasukan South China kerana pernah membimbing kelab dari Hong Kong itu sebelum ini, dan yakin JDT mampu memperoleh kelebihan jaringan di tempat lawan itu.
Dalam pada itu, jurulatih South China Ricardo Rambo mengakui pasukannya bakal berdepan tugas sukar, namun percaya berdasarkan pengalaman lepas dan menjadi satu-satunya kelab Hong Kong dalam kejohanan itu, mereka mampu menampilkan prestasi terbaik menentang JDT.
"Ini perlawanan sangat penting bukan sahaja untuk kelab dan pemain tetapi kepada seluruh rakyat Hong Kong. Ia sesuatu yang hebat beraksi dalam kejohanan ini, namun sudah tentu kami tahu ia adalah sukar berdepan kelab yang mempunyai kekuatan seimbang di benteng pertahanan dan jentera serangan," katanya.
"Pemain-pemain mempunyai pengalaman pada pertemuan tahun lepas dan kami sudah beberapa kali menyaksikan perlawanan itu bagi memastikan kami tidak lagi melakukan kesilapan.
"Namun, apa yang penting ia bukan sahaja pertemuan South China menentang JDT, ini sebenarnya perlawanan Hong Kong berdepan Malaysia dan kami mahu memastikan seluruh rakyat Hong Kong gembira," kata Rambo.
Pasukan tuan rumah dijangka turun tanpa penyerang Chan Siu Ki berikutan sebab-sebab peribadi, manakala penjaga gol Tsang Man Fai juga dikatakan belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan tangan.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat suku akhir musim lepas, menyaksikan JDT menang dengan agregat 4-2.
Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Larkin pada 20 September. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2016

GOMEZ: Kami mahu menang setiap perlawanan dalam setiap kejohanan yang disertai.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.

ACLE: Hotel Pohang Steelers diganggu, balingan mercun tanda perang psikologi?
Persiapan lawan dilaporkan terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.

ACLE: Pohang Steelers tidak gentar 'lautan merah-biru' banjiri SSI
Arkitek Pohang, Han Chan-hee, menjelaskan rakan sepasukannya dalam keadaan bersedia sepenuhnya bagi berhadapan kegamatannya lebih daripada 30,000 penyokong JDT esok.

ACLE: JDT hidangkan kesebelasan terbaik hadapi Pohang Steelers
Pertahanan JDT, Matthew Davies, melaungkan amaran bahawa Pohang Steelers bakal berdepan skuad yang berbeza berbanding pertemuan terakhir mereka pada 2021.

Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.

ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.