Bola Sepak Ipoh (PBI) mengenakan tindakan penggantungan kepada pasukan ARL FC selama tiga tahun susulan insiden pengadil diserang selepas perlawanan separuh akhir Liga Bola Sepak Ipoh di Taman DR Seenivasagam di sini pada 14 September lalu.
Jawatankuasa Tatatertib PBI, Mohd Zakaria Mohamed memaklumkan, Ketua Jurulatih ARL FC, Mohammad Azahar Arafullah dan Penolong Jurulatih ARL FC, Mohd Zaidi Abdul Hamid turut digantung selama lima tahun kerana tindakan menyerang pengadil ketika kejadian berkenaan.
Beliau menjelaskan tempoh penggantungan bagi kelab serta dua individu itu akan bermula pada tarikh kesalahan dilakukan selain kelab berkenaan turut dikenakan denda sebanyak RM500.
"Pasukan ARL FC juga tidak dibenarkan bertandingan di dalam kejohanan anjuran PBI di dalam tempoh pengantungan namun, keputusan ini boleh dirayu.
"Bagi ketua jurulatih dan penolong jurulatih pula, hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama serta keputusan ini juga boleh dirayu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohd Zakaria berkata, selain itu Jawatankuasa Tatatertib PBI yang bersidang pada 20 September lalu turut menggantung Ketua Jurulatih pasukan GMC, Ahmad Faridzul Harun selama lima perlawanan dan denda RM300 kerana membaling objek dan mengeluarkan kata-kata yang menghina kepada pengadil perlawanan selepas menerima kad merah.
Bagi pemain simpanan pasukan GMC, Nor Shahrul Rizan Jumahary pula dikenakan tindakan digantung tiga perlawanan dan denda RM200 kerana tiga kesalahan termasuk mengeluarkan kenyataan di dalam media sosial mengenai mutu pengadilan pengadil PBI.
Dalam pada itu, penyokong dan pemain-pemain simpanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson yang masuk ke padang setelah pengadil meniup wisel penamat bagi meraikan kemenangan diberikan amaran keras.
Sinar Harian pada 16 September lalu melaporkan seorang pengadil yang mengendalikan perlawanan bola sepak kelab tempatan dikejar sekumpulan pemain dan jurulatih dipercayai akibat tidak puas hati dalam satu kejadian di Taman DR Seenivasagam dekat sini.
Kejadian sekitar jam 6.55 petang pada Khamis itu berlaku semasa perlawanan separuh akhir antara dua kelab liga bola sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan serta tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023

Tempoh penggantungan bagi kelab serta dua individu itu akan bermula pada tarikh kesalahan dilakukan selain kelab berkenaan turut dikenakan denda sebanyak RM500.- Foto Sinar Harian

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Kes serang pengadil: ARL FC, jurulatih digantung
PBI mengenakan tindakan penggantungan kepada pasukan ARL FC selama tiga tahun susulan insiden pengadil diserang selepas perlawanan separuh akhir Liga Bola Sepak Ipoh di Taman DR Seenivasagam.