JOHOR BAHRU: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengorak langkah, apabila menjalinkan kerjasama dengan syarikat permotoran British, Aston Martin Racing Asia yang bakal menyaksikan kemunculan rekaan kereta edisi terhad, bertemakan JDT.
JDT dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, kerjasama itu membuktikan peningkatan jenama kelab itu sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, semenjak ia ditubuhkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013.
"Kami berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat syarikat pemotoran tersebut, yang berpusat di United Kingdom.
"Kerjasama ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, malah membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing Asia bekerjasama dalam pelbagai bidang, pada masa yang akan datang," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyaatan JDT itu, ia digambarkan sebagai satu kerjasama antara JDT selaku juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, manakala Aston Martin pula juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020.
"JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten, selain mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
Kerjasama itu membuktikan peningkatan jenama kelab itu sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. - Gambar/ FB JOHOR Southern Tigers
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam ini.
Sabah FC kehilangan dua tonggak utama menentang JDT Sabtu ini
Sabah FC kehilangan khidmat dua tonggak utama, Saddil Ramdani dan Darren Lok menjelang aksi pertemuan Liga Super menentang JDT di Stadium Likas esok.
JDT mara separuh akhir Piala FA dengan agregat 13-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan agregat 13-0 selepas membelasah pasukan Liga A1, Malaysian University 8-0.
Bidoglio akui JDT berdepan kesukaran berdepan MUFT
Hector Bidoglio mengakui skuad kendaliannya itu berdepan kesukaran kelab Liga A1 Semi-Pro, Malaysia University Football Team (MUFT).
Piala FA: JDT sebelah kaki ke separuh akhir
Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT)meletakkan sebelah kaki ke perlawanan separuh akhir Piala FA 2024/2025 musim ini apabila membelasah pasukan Liga A1, Malaysia University 5-0.
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola sepak
Keganasan jenayah yang berlaku terhadap tonggak bola sepak Selangor, Faisal Halim merupakan titik hitam dalam sejarah bola sepak negara.
Selangor FC boleh kemuka rayuan - MFL
Pasukan Selangor FC boleh mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas dijatuhkan empat bentuk hukuman.
Selangor didenda RM100,000, dipotong 3 mata, beraksi tanpa penonton lawan JDT
MFL telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Tazim (JDT) Mei lalu.