PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melalui laman Instagram peribadi miliknya menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pasukan itu merupakan model terbaik untuk semua pasukan bola sepak di Malaysia dalam membina pembanggunan bola sepak dari akar umbi sehingga cemerlang sebagai antara gergasi bola sepak di pentas Asia kini.
Dalam ucapannya itu, baginda menasihatkan agar pentingnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam menentukan kerjaya untuk meraih pencapaian dan mencipta sejarah.
"Dalam industri pertandingan sukan, terutamanya bola sepak. Sehebat mana pun anda, jika anda berada di tempat yang salah, ia tidak bermakna.
"Kenapa? Kerana ia adalah mengenai kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah. Dalam kerjaya ini, kejayaan dan kewangan anda perlu berjalan seiring.
"Jika tidak, anda hanyalah sekadar salah seorang lagi pemain. Salah seorang dari ramai lagi. Ia adalah dunia yang kejam.
"Apabila masa anda berakhir, tiada siapa yang akan mengingati anda kerana orang hanya mengingati juara atau pemenang. Senjata anda adalah pengetahuan anda dan kebijaksanaan membuat keputusan.
"Kehidupan dan kerjaya anda adalah berdasarkan keputusan-keputusan yang anda buat. Gunakannya dengan bijak.
"Kerana pada penghujungnya, orang yang kononnya menganggap mereka tahu yang terbaik untuk anda, tidak akan berada dengan anda ketika anda menderita.
"Andalah yang menjaga diri anda sendiri dan itulah kenyataan yang menyedihkan."
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu akan menjalani kempen pra-musim di Sepanyol bagi menguatkan pasukan sebelum menjelang saingan Liga Super Malaysia 2024/2025, pada Mei nanti.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sun Mar 24 2024
![Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711270651_PemangkuSultanJoho.jpg)
Baginda menasihatkan agar pentingnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam menentukan kerjaya untuk meraih pencapaian dan mencipta sejarah. - Foto Stadium Astro
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ “Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719506434_HRHCrownPrinceof.jpg)
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
![Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657620609_TBmahathir.jpg)
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
!['Saya tak boleh dibeli, dijolok-jolok dengan projek untuk diam' - TMJ 'Saya tak boleh dibeli, dijolok-jolok dengan projek untuk diam' - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717980781_TunkuMahkotaIsmail.jpg)
'Saya tak boleh dibeli, dijolok-jolok dengan projek untuk diam' - TMJ
Tunku Ismail tidak gentar untuk terus lantang bersuara demi kepentingan rakyat Johor.
![Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717141291_TMJkestumbuk.jpg)
Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
![PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716955932_TBMohdShuhailyMohd.jpg)
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
![Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714920667_TBJDT.jpg)
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
![Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711270651_PemangkuSultanJoho.jpg)
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
![Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708411187_TBTMJjpg.jpg)
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
![TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707528038_tmj.jpg)
TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan
Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
![Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706421314_TMJPemangkuSultan.jpg)
Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB
Tunku Mahkota Johor mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.