KUALA LUMPUR: Kem berbasikal negara mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila bakal menerima basikal baharu WX-R Vorteq versi temasya itu yang telah diperkasakan melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) Institut Sukan Negara (ISN).
Basikal tersebut dianggarkan bernilai RM385,800 sebuah, difahamkan tampil dengan teknologi tinggi yang telah dinaik taraf bagi mencari 'kelebihan kecil' di atas trek sekali gus meningkatkan peluang Malaysia untuk mendapatkan pingat.
Basikal tersebut akan mula digunakan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta Nurul Izzah Izzati Mohd Asri apabila menyertai latihan di Belgium pada bulan ini dan Sepanyol pada Julai sebelum terbang ke Paris.
Mohd Azizulhasni yang teruja dengan perkembangan itu berkata beliau bagaimanapun bersifat terbuka biarpun hanya akan mula merasai pengalaman menggunakan basikal tersebut beberapa minggu sebelum ke Paris.
"Mereka hendak pastikan semuanya dibuat dengan sempurna sebelum basikal itu diserahkan dan saya pun tak tergesa-gesa sangat sebab masih ada basikal yang sebelum ini untuk digunakan. Tetapi kebiasaannya basikal baharu ini akan dicuba satu bulan sebelum ke Olimpik iaitu di Sepanyol dan Belgium nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Team MAS sempena Sukan Olimpik Paris 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Skuad berbasikal trek difahamkan akan menerima lima buah basikal berteknologi tinggi itu dengan Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus masing-masing menerima dua manakala Nurul Izzah sebuah untuk digunakan di Velodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines nanti.
Mohd Azizulhasni dalam masa sama menepis dakwaan kehadiran basikal baharu tersebut bakal memastikan Malaysia mampu meraih kejayaan diinginkan pada temasya paling berprestij di dunia itu.
"Ini kita panggil teknologi sukan. Sekarang ini, kita sudah sama par dari sudut teknologi dengan mereka. Itu memberikan keyakinan tambahan buat kami apabila mempunyai peralatan yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (tiga,kiri) menyerahkan model basikal WX-R Vorteq kepada pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (tiga,kanan) hari ini. - Foto Bernama
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Kem basikal trek bawa basikal baharu ke Olimpik Paris 2024
Kem berbasikal negara mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila bakal menerima basikal baharu WX-R Vorteq versi temasya itu.