Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi bantuan khas termasuk kewangan kepada keluarga atlet paralimpik negara, Allahyarham Mohammad Azlan Mat Lazim yang maut dalam kemalangan jalan raya di Serdang Raya, di sini pada hari Sabtu.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata beliau akan mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menguruskan segala bantuan yang sepatutnya kepada keluarga Allahyarham termasuk urusan pengebumian.
"Kita ada (skim) khairat kematian yang akan kita sampaikan kepada keluarga Allahyarham. Insentif khas Sukan Para Asia 2014 juga akan diserahkan kepada keluarga Allahyarham.
"Saya sendiri akan beri sumbangan peribadi (kepada keluarga Allahyarham)," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat jenazah Mohammad Azlan di Hospital Serdang, di sini.
Untuk rekod, Allahyarham memenangi tiga pingat emas menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38 pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.
Mohammad Azlan, 25, yang menunggang motosikal jenis Yahama 125 bersama pembonceng, Farisan Jasna, 26, atlet lompat jauh paralimpik negara, dipercayai dilanggar oleh sebuah van jenis Toyota Hiace dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun, ketika ingin menjamu selera di salah sebuah restoran di sini.
Kejadian kira-kira 1.45 tengah hari itu menyebabkan Mohammad Azlan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Farisan mengalami keretakan di tangan kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Serdang.
Dalam pada itu, Khairy menyifatkan arwah sebagai idola sukan paralimpik kerana sentiasa mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa selain menjadi kebanggaan ibu bapanya dalam memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.
"Beliau dimasukkan ke dalam program Paralimpik MSN pada 2012 dan dikenal pasti sebagai bintang harapan yang sedang dilatih untuk kejohanan dunia tahun ini dan Sukan Paralimpik 2016 di Rio De Janeiro (Brazil).
"Beliau seorang (atlet) yang hebat dan mempunyai masa depan yang cerah. Beliau mempunyai perwatakan yang ceria dan sentiasa tersenyum dan seorang yang pemurah hati," kata Khairy.
Sementara itu, Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail memberi jaminan bahawa pihaknya akan menguruskan segala bantuan kepada keluarga Allahyarham yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah.
"Kita berasa sedih kerana beliau merupakan salah seorang ikon (sukan paralimpik). Beliau sepatutnya ada program bersama atlet paralimpik yang baharu bagi berkongsi resepi kejayaannya.
"Ini satu perkara yang mengejutkan dan menyedihkan bagi MSN dan Allahyarham Mohammad Azlan merupakan salah seorang prospek dalam Program Road to Rio 2016," kata Ahmad Shapawi.
Jenazah Allahyarham Mohammad Azlan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Batu 3, Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu pada malam ini.
Selain meraih tiga pingat emas pada Sukan Para Asia 2014, Mohammad Azlan turut memenangi dua emas dalam acara 100m dan 200m kategori T36 pada Sukan Para Asean 2014 di Naypyitaw, Myanmar.
Bernama
Sun Jan 25 2015
![Keluarga Allahyarham Mohammad Azlan akan diberi bantuan khas Keluarga Allahyarham Mohammad Azlan akan diberi bantuan khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/61402645300_295x200.jpg)
KHAIRY: Insentif khas Sukan Para Asia 2014 juga akan diserahkan kepada keluarga Allahyarham Mohammad Azlan Mat Lazim.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Keluarga Allahyarham Mohammad Azlan akan diberi bantuan khas Keluarga Allahyarham Mohammad Azlan akan diberi bantuan khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/61402645300_295x200.jpg)
Keluarga Allahyarham Mohammad Azlan akan diberi bantuan khas
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan mengarahkan MSN untuk menguruskan segala bantuan yang sepatutnya kepada keluarga Allahyarham termasuk urusan pengebumian.