KUALA LUMPUR: Proses penswastaan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dijangka selesai sepenuhnya pada tahun depan apabila beberapa kelemahan diperbaiki, kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed.
Beliau yang sebelum ini menjadi individu penting dalam proses penswastaan daripada persatuan bola sepak (FA) ke kelab bola sepak (FC) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, berkata antara kelemahan utama buat masa ini adalah kebergantungan pasukan kepada dana kerajaan negeri.
Berikutan itu, katanya apabila berlaku pertukaran kerajaan atau pucuk kepimpinan, ia membawa kesan ke atas peruntukan kewangan yang dijanjikan buat pasukan seperti dirancang dalam bajet sebelum musim bermula, sehingga masalah tunggakan gaji berlarutan walaupun pasukan telah bertukar status kepada FC.
"Tetapi saya difahamkan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) telah berusaha untuk memperkemaskan keadaan itu. Kita tunggu sehingga 2023, sehingga penswastaan sepenuhnya seperti yang disarankan oleh FIFA agar tiada lagi kepentingan negeri ke atas pasukan tersebut.
"Jadi saya rasa semua pasukan sedang berusaha untuk berada dalam landasan yang betul bagi menjadikan pasukan betul-betul profesional dengan bantuan daripada pihak MFL sendiri," katanya baru-baru ini.
Media sebelum ini melaporkan beberapa pasukan Liga-M termasuk Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sarawak United, Perak FC dan Melaka United menghadapi masalah tunggakan gaji pemain.
Mohd Firdaus berkata pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Kelantan FC dan Petaling Jaya (PJ) City FC menjadi contoh buat pasukan lain ke arah penswastaan apabila tidak mengharapkan dana kerajaan.
"Saya difahamkan banyak pasukan sedang ke arah itu seperti Sri Pahang FC yang tidak lagi guna dana kerajaan negeri. Mungkin ada pasukan hanya minta dana untuk pembangunan sahaja, bukan untuk pasukan utama.
"Saya yakin dan percaya tahun depan mereka akan bertanding dengan kedudukan kewangan sendiri. Proses penswastaan penuh ini memang mengambil masa dan ada beberapa cabarannya," jelas beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Mohd Firdaus berkata, pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Kelantan FC dan Petaling Jaya (PJ) City FC menjadi contoh buat pasukan lain ke arah penswastaan, apabila tidak mengharapkan dana kerajaan. - Bernama
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.
Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.
Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
Pekan berkata, pendekatan MFL juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab mengurus kewangan.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.