LIONEL Scaloni gembira melihat perkembangan Lionel Messi bersama Argentina yang dalam persiapan untuk menghadapi Peru dalam kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan (CONMEBOL), pagi esok.
Di sebalik kebimbangan mengenai kecederaan pergelangan kaki, Messi beraksi ketika Albiceleste seri 1-1 dengan Paraguay Jumaat lalu yang menyaksikan gol kedua Argentina dibatalkan dalam babak kedua.
Pengurus Argentina, Scaloni, bagaimanapun gembira dengan situasi Messi yang akan membuat penampilan antarabangsa ke-142 -- sebaris dengan legenda Brazil, Cafu, untuk muncul pemain kelima Amerika Selatan beraksi paling banyak di peringkat antarabangsa.
"Di tahap prestasi, Leo beraksi dengan baik," katanya dalam sidang akhbar.
"Kami tidak bernasib baik kerana mereka tidak mengesahkan gol itu memandangkan kami memperagakan corak permainan yang bagus."
Scaloni menambah: "Saya melihat situasinya dengan teliti dan dia tidak berdepan masalah, itu yang mustahak."
Juara dunia dua kali tersebut akan berusaha melanjutkan rekod tanpa kalah bertemu Peru kepada 16 perlawanan dan Scaloni mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat bersara kepada bekas bintang tengah, Javier Mascherano, yang pernah membantu mereka meraih dua pingat emas Sukan Olimpik termasuk muncul finalis Piala Dunia 2010.
Sementara itu, pengurus Peru, Ricardo Gareca -- mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan awal -- mengakui cabaran menanti pasukannya.
"Berdasarkan kekuatan pesaing kami dan secara logiknya, ini adalah satu cabaran untuk kami berusaha mengatasi kekuatan pencabar," katanya.
"Argentina bukan sekadar memiliki Messi, tetapi mereka memiliki ramai pemain yang bagus di setiap posisi dan kami harus memberikan persembahan hebat untuk mengekang mereka."
Astro Arena
Tue Nov 17 2020
Lionel Messi mengalami kecederaan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA antara Argentina dan Paraguay di Buenos Aires, Argentina, 12 Nov, 2020. (Foto AP)
[TERKINI] Sidang Media Bersama PM Malaysia dan PM Republik Singapura
Ikuti secara langsung sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Singapura terbuka untuk menyemak kertas cadangan baharu projek HSR
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata pihaknya optimis dan terbuka untuk menyemak kertas cadangan yang baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).
#AWANInews
#AWANInews
'Semoga Titah Adendum dapat dilaksanakan segera' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan segera.
Jamal Abdillah timang anak ketujuh pada usia 66 tahun
Penyanyi itu sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk menamakan anak ketujuhnya itu dengan nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof.
Singapura yakin dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura - PM Wong
Singapura yakin jalinan kerjasama dengan Malaysia dalam mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mampu membina masa depan yang lebih kukuh di antara kedua buah negara.
#AWANInews
#AWANInews
Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
JS-SEZ merupakan kerjasama 'spektakular' - PM Anwar
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) memanfaatkan pendekatan baharu yang lebih menyeluruh merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, tenaga, pelaburan dua hala dan perdagangan.
#AWANInews
#AWANInews
Pemandu, kelindan maut lori jatuh gaung
Mangsa pertama telah dibawa keluar dari kenderaan itu pada 7.47 pagi tadi manakala mangsa kedua pada 9.30 pagi.
Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.
Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono
Joe Biden akan menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada 19 tokoh terkenal beberapa hari sebelum tempoh pentadbirannya berakhir.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai
LIONEL Messi mengetepikan cabaran bintang Columbus Crew, Cucho Hernandez, untuk menyambar Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bagi tahun 2024.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni
LEGENDA bola sepak Itali secara berseloroh menuduh Pep Guardiola 'merosakkan' permainan dan kerjayanya selepas memperkenalkan sistem false nine dalam bola sepak.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Luis Suarez umum persaraan
Bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Luiz Suarez, umum persaraan dalam arena bola sepak antarabangsa pada sidang media di Montevideo.
Argentina tidak senarai Lionel Messi dalam skuad kelayakan Piala Dunia
Messi tidak termasuk dalam skuad 28 pemain itu selepas mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan akhir Copa America bulan lalu.