Messi - yang mengatasi legenda Brazil, Pele, selaku penjaring gol terbanyak bagi negara Amerika Selatan sebelum ini - menjaringkan gol yang ke-80 bersama La Albiceleste.
Penjaring gol terbanyak Argentina itu menjolok masuk bola ke gawang lawan pada minit ke-38 sebelum Rodrigo de Paul menggandakan jaringan enam minit kemudian, sementara Lautaro Martinez melengkapkan kemenangan pada minit ke-62.
Skuad Argentina kendalian Lionel Scaloni itu kekal tanpa kalah dalam 10 aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 - enam mata di belakang pendahulu Brazil ketika mereka melebarkan rekod 24 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.