LIVERPOOL menolak untuk melepaskan Mohamed Salah bagi mewakili Mesir bagi kelayakan Piala Dunia bertemu Angola berikutan arahan kuarantin yang perlu dijalaninya sebaik kembali.
Malam tadi, Persatuan Bola Sepak Mesir mengeluarkan satu kenyataan bahawa Liverpool tidak akan membenarkan Salah menyertai tugasan bersama negaranya pada 2 September depan selain menghadapi Gabon (5 September).
"Persatuan Bola Sepak (FA) Mesir telah menerima sepucuk surat daripada Liverpool FC yang meminta maaf kerana tidak mampu melepaskan pemainnya, Mohamed Salah, untuk menyertai pasukan kebangsaan dalam kem latihan pusat berikutnya, termasuk menghadapi Angola di Kaherah dan Gabon di Franceville dalam pusingan pertama dan kedua kelayakan Piala Dunia untuk benua Afrika," kata kenyataan itu.
"Surat kelab Inggeris itu merujuk kepada langkah pencegahan penularan COVID-19 yang ditetapkan di England berikutan mewajibkan individu daripada beberapa negara menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus kembali ke England.
"Dalam surat ini, kelab Inggeris itu juga menyatakan harapan agar konfederasi Mesir memahami bahawa ia terpaksa dilakukan memandangkan pemain yang dikuarantin dalam tempoh ini boleh mempengaruhi fizikal mereka selain ketidakpastian syarat yang ditentukan oleh pihak berkuasa England.
"Liverpool FC juga dilaporkan bercadang mengambil tindakan yang sama terhadap sebilangan pemain import yang lain."
Oleh kerana Mesir berada dalam senarai merah perjalanan Kerajaan England, Salah harus dikuarantin selama 10 hari sebaik kembali, ini bermakna dia akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Leeds United pada 12 September depan.
Namun, kelab itu dilaporkan sedia mempertimbangkan untuk melepaskan Salah ke Franceville bagi pertemuan dengan Gabon memandangkan ia tiada dalam senarai kuarantin yang ditetapkan United Kingdom (UK). Jadi penyerang tersebut tidak perlu dikuarantin selepas melawat negara berkenaan.
Liverpool dan beberapa ahli Persatuan Kelab Eropah (ECA) yang lain dikatakan sedang memohon pengecualian untuk membolehkan pemain mereka mengelak daripada kuarantin, manakala FA Mesir meminta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk berusaha menyelesaikan masalah itu.
Tanpa pengecualian, The Reds juga dijangka akan melakukan hal yang sama dengan menyekat pemain antarabangsa Brazil, Alisson, Roberto Firmino dan Fabinho daripada melaporkan diri bersama skuad Selecao.
Brazil kekal dalam senarai merah yang ditetapkan UK berikutan muncul salah sebuah negara yang paling teruk terjejas oleh pandemik itu. Pasukan bimbingan Tite tersebut dijadual mengunjungi Chile sebelum menjadi tuan rumah kepada Argentina pada 5 September depan.
Astro Arena
Tue Aug 24 2021
Oleh kerana Mesir berada dalam senarai merah England, Salah harus dikuarantin 10 hari sebaik kembali dan akan terlepas perlawanan EPL dengan Leeds United pada 12 September. - Gambar fail
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Liga Negara-Negara UEFA: Aksi cemerlang bintang Liverpool pacu kemenangan England
Jones menerima hantaran silang Morgan Gibbs-White, melakukan sentuhan menakjubkan melepasi Vlachodimos, melengkapkan kemenangan England.
EPL: Gol Mohamed Salah pastikan Liverpool selesa di puncak liga
Salah jadi watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Aston Villa 2-0 di Stadium Anfield untuk mendahului dengan lima mata di puncak EPL.
Liverpool kembali ke puncak, City, Arsenal tumbang
Mohamed Salah memastikan tiga mata untuk Liverpool dalam perlawanan yang disifatkan sebagai ulangan.
Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates
Bukayo Saka memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga.
EPL: Gol Jones kembalikan Liverpool ke puncak atasi Chelsea
Liverpool kembali berkelebihan satu mata di atas pencabar terdekat, City, dan empat mata di atas lawan berikutnya, Arsenal.
UCL: Mac Allister, Mohamed Salah bantu Liverpool benam Bologna
Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjadi watak penting dalam membantu The Red meraih dua kemenangan berturut-turut.
EPL: Penalti Salah bawa Liverpool ke puncak liga
Salah meledak gol kemenangan selepas Nelson Semedo menjatuhkan bekas bintang Wolves, Diogo Jota.
UCL: Semusim menyepi, Liverpool kembali dengan aksi garang di San Siro
Mengubah suasana perlawanan, Ibrahima Konate menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
Dua gergasi Eropah berminat dapatkan Mohamed Salah
Juventus dan Paris Saint-Germain (PSG) menunjukkan potensi untuk mendapatkan khidmat Salah bagi memperkuat pasukan masing-masing.
Luis Suarez umum persaraan
Bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Luiz Suarez, umum persaraan dalam arena bola sepak antarabangsa pada sidang media di Montevideo.