KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya perlu menghadapi pasukan ke-89 dunia Bahrain dan Turkmenistan (134) bagi menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.
Undian untuk pusingan ketiga dan terakhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang diadakan secara maya di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Rumah AFC di Bukit Jalil hari ini, Malaysia yang kini menduduki tangga ke-154 dunia diundi dalam Kumpulan E, yang turut disertai Bangladesh (186).
Malaysia mempunyai sedikit kelebihan sebagai tuan rumah, akan memulakan kempen sesi kelayakan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil bertemu Turkmenistan pada 8 Jun.
Harimau Malaya di bawah kendalian ketua jurulatih yang baharu dari Korea Selatan Kim Pan Gon, kemudiannya akan bertemu Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh tiga hari kemudian (14 Jun) bagi memburu kelayakan ke Piala Asia.
Tuan rumah China dan 12 pasukan termasuk daripada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, telahpun menempah tiket masing-masing termasuk juara bertahan Qatar, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Arab Saudi dan Asutralia.
Pada pusingan terakhir kelayakan, 24 negara akan merebut 11 tempat, dengan hanya pemenang dari enam kumpulan dan lima pasukan terbaik di tempat kedua, akan layak.
Malaysia kali terakhir layak ke Piala Asia secara merit pada 1980 di Kuwait, manakala pada 2007 Harimau Malaysia layak sebagai tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Pan Gon dan pasukan kejurulatihan barunya dijadualkan untuk memanggilkan latihan berpusat Harimau Malaya yang pertama pada 14 Mac, sebelum mengadakan dua Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, bertemua Filipina pada 23 Mac dan Singapura (26 Mac). Kedua perlawanan akan berlangsung di Singapura.
Keputusan undian:
(Nota: H menunjukkan tuan rumah kumpulan)
Kumpulan A: Jordan, Kuwait (H), Indonesia, Nepal
Kumpulan B: Palestin, Filipina, Yemen, Mongolia (H)
Kumpulan C: Uzbekistan (H), Thailand, Maldives, Sri Lanka
Kumpulan D: India (H), Hong Kong, Afghanistan, Kemboja
Kumpulan E: Bahrain, Turkmenistan, MALAYSIA (H), Bangladesh
Kumpulan F: Kyrgyzstan (H), Tajikistan, Myanmar, Singapura
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Malaysia mempunyai sedikit kelebihan sebagai tuan rumah, akan memulakan kempen sesi kelayakan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil bertemu Turkmenistan pada 8 Jun. - FAM
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.