Empat perlawanan bola sepak Liga Super berlangsung pada Selasa.

Stadium Darulmakmur, hasrat kelab bola sepak Johor Darul Takzim untuk memulakan saingan dengan kemenangan, tidak kesampaian apabila tewas 3-2 di tangan Pahang.

Skuad Darul Takzim bimbingan Fandi Ahmad memulakan perlawanan dengan baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit kesebelas.

Umpanan cantik Daniel Guiza bijak ditanduk masuk kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim untuk membolehkan pasukan pelawat mendahului.

Kelab Johor itu terus melebarkan jurang gol apabila penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menemui sasaran pada minit ke-26.

Empat minit memasuki babak kedua Pahang mula menjelmakan kebangkitan apabila Fauzi Roslan berjaya menerjah gawang lawan.

Fauzi, sekali lagi cemerlang menemui sasaran apda minit ke-72 untuk jaringan penyamaan skuad Tok Gajah.

Pasukan bimbingan Dollah Salleh itu kemudian memastikan kemenangan apabila R. Surendran menyempurnakan hantaran Faizol Hussin.