KUALA LUMPUR:Acara anugerah hiburan tahunan yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat di ibu negara dibenarkan kerana tertakluk di bawah industri kreatif yang termasuk dalam senarai prosedur operasi standard (SOP) yang boleh beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjur dan kru terlibat perlu mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan.
“SOP yang ada memang ketat seperti penonton tidak dibenarkan hadir, mewajibkan peserta memakai pelitup muka, tidak melibatkan warga asing dan jumlah kru yang minimum.
“Konsert itu juga dipantau wakil MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).
“Jika berlaku pelanggaran SOP, penganjur akan diambil tindakan oleh pihak polis,” katanya pada sidang media harian berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.
Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung kewajaran ABPBH diadakan pada tempoh PKPB tetapi perlawanan Piala Malaysia dibatalkan.
Pada masa sama, beliau menegaskan, perlawanan bola sepak berbeza dengan persembahan hiburan yang dibandingkan sesetengah pihak.
Ia kerana aktiviti sukan bola sepak berada di bawah senarai aktiviti terlarang dalam tempoh PKPB kerana ia merupakan aktiviti sukan bersentuhan.
BACA: MFL umum batal Piala Malaysia
Sebelum ini, kerajaan juga tidak membenarkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ke Doha, Qatar bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.
Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berikutan pintu sempadan negara masih ditutup dan rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara.
Isabelle Leong
Thu Nov 12 2020

SOP yang ada memang ketat untuk acara hiburan seperti penonton tidak dibenarkan hadir, mewajibkan peserta memakai pelitup muka, tidak melibatkan warga asing dan jumlah kru yang minimum. - Bernama

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Industri kreatif digital Malaysia berkembang, perolehan RM6.3 bilion - Gobind
Pada 2022, industri kreatif digital menjana perolehan RM6.3 bilion, mencatatkan eksport berjumlah RM850 juta, yang menyumbang kepada lebih 11,000 pekerjaan.

DBKL akan suburkan industri kreatif bernilai ekonomi dengan bakat tempatan - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi tumpuan khusus untuk membangunkan platform yang boleh dimanfaatkan oleh artis dan penggiat industri kreatif tempatan.

Sarawak komited dalam menggalakkan pertumbuhan industri kreatif
Katanya, kerajaan mengiktiraf potensi bakat yang ada di Sarawak dan berusaha menyediakan sumber, infrastruktur dan platform yang diperlukan.

Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.

Kementerian Komunikasi cari penyelesaian untuk bantu industri kreatif
Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian bagi membantu memperkemas operasi dalam industri kreatif.

Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.

Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.

FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.

Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT
Ada yang berpendapat, kerjaya sebagai jurusolek low class, sedangkan profesion itu boleh tawar pendapatan lumayan.

Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia
RM90 juta yang diperuntuk bagi industri kreatif dalam Belanjawan 2024 adalah memadai untuk menambah baik industri perfileman Malaysia.