GEORGE TOWN:Polis sudah mengambil keterangan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, Syafiq hadir memberi keterangan di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, semalam.
Chong Chern berkata pihaknya akan menyemak semua fakta yang ada untuk rujukan Timbalan Pendakwa Raya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, bapa Syafiq, Ahmad Ibrahim berkata mereka sekeluarga terkilan dan sedih dengan laporan yang menyebut anaknya dipercayai terlelap sebelum terlibat dengan kemalangan itu.
Ahmad menjelaskan, anak sulungnya itu berkali-kali memaklumkan kepadanya yang dia cuba mengelak sesuatu sehingga menyebabkan kereta jenis Toyota Vellfire dipandunya terbabas.
BACA: Mohon beri ruang dan masa kepada Muhammad Syafiq - Bapa
BACA: Kemalangan Syafiq Ahmad: Pemandu dipercayai terlelap, hilang kawalan - Polis
Malah, Muhammad Syafiq juga memberitahunya, sebelum kejadian dia sedang berbual-bual dengan isterinya, Nur Amalina Norain, 25, yang duduk di bahagian penumpang hadapan.
Ahmad berkata anaknya juga sudah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jawi semalam berhubung kejadian kemalangan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Laporan awal polis sebelum ini menyebut Muhammad Syafiq yang memandu Toyota Vellfire mungkin terlelap sebelum terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Sungai Bakap kira-kira jam 4 pagi Ahad lalu.
Akibat kejadian itu, kenderaan dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 30 meter.
Insiden itu menyebabkan dia kehilangan anak lelakinya yang baru berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef dan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah mereka iaitu wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Ketika kejadian, kenderaan yang dinaiki oleh enam orang dengan dipandu penyerang JDT itu dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Pendang, Kedah.
BACA: Isteri Syafiq dipindahkan ke HKL hari ini
Astro Awani
Wed Dec 09 2020

Polis sudah mengambil keterangan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap Ahad lepas. - Bernama

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Polis selesai ambil keterangan Syafiq Ahmad
Syafiq hadir memberi keterangan di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, semalam.