PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menunggu arahan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya badan induk itu tidak berpuas hati dengan insiden kekecohan ketika perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa lalu.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata pihaknya tidak membuat sebarang tindakan buat masa ini memandangkan pegawai FIFA turut berada di stadium dan melihat insiden yang berlaku pada hari perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, kami tidak pasti dan hanya menunggu surat daripada mereka.
“Namun, secara keseluruhannya tiada insiden besar berlaku yang mana membabitkan pergaduhan fizikal. Kecoh-kecoh seperti baling botol itu sukar untuk kita halang. Tembok tinggi mana sekalipun dibina mereka masih boleh baling-baling objek.
“Di pihak FAM, kami berterima kasih kepada pihak berkuasa yang bertindak mengawal insiden-insiden tersebut dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Insiden kekecohan semasa perlawanan tersebut bermula apabila segelintir penyokong kedua-dua pasukan saling melakukan provokasi sebelum disusuli dengan adegan membaling botol dan suar.
Tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang insiden lebih buruk berlaku apabila sebahagian penyokong Indonesia diarahkan bergerak ke ruang atas stadium.
Dalam pada itu, Stuart memberitahu pihaknya sedang menunggu laporan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung kerosakan bahagian tempat duduk di stadium berkenaan.
“Kebiasaannya memang segala kos tersebut ditanggung oleh FAM. Namun, kita masih menunggu laporan penuh daripada pihak pengurusan stadium (PSM) dan selepas itu baru kita lihat apa yang boleh dibuat,” katanya.
Difahamkan, sebanyak 44 buah kerusi bernilai kira-kira RM11,000 dirosakkan penyokong Indonesia pada pertemuan itu yang menyaksikan Harimau Malaya melakar kemenangan 2-0.
Sinar Harian
Fri Nov 22 2019

Stuart Ramalingam berkata pihaknya tidak membuat sebarang tindakan buat masa ini memandangkan pegawai FIFA turut berada di stadium dan melihat insiden yang berlaku pada hari perlawanan tersebut. -Foto Sinar Harian

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, semalam.

Kekecohan penonton Malaysia dan Indonesia, FAM tunggu arahan FIFA
FAM tidak membuat sebarang tindakan buat masa ini memandangkan pegawai FIFA turut berada di stadium dan melihat insiden yang berlaku pada hari perlawanan tersebut.

Man U didakwa insiden baling botol
Insiden berkenaan berlaku ketika aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford pada Rabu.

Mujur pemain B-19 negara selamat - Hamidin
Terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 negara selepas tamat perlawanan.

Tindakan pesuruhjaya perlumbaan LTdL 2018 adalah wajar - Kumaresan
Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018, Ciclista Sports Sdn Bhd menghormati keputusan Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI) membatalkan kelayakan seorang pelumba China daripada bertanding.