KUALA LUMPUR: Kegagalan mempertahankan pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 menjadi titik perubahan terpenting buat jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli dalam menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo, bulan depan.
Beliau berkata, kekecewaan itu menjadi pengajaran untuknya supaya tidak terus berasa selesa setelah menikmati pelbagai kejayaan di pentas dunia dengan kemuncaknya memenangi pingat emas Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro.
Jelasnya, kegagalan mempertahankan pingat emas di Kejohanan Dunia diterima secara positif dan dijadikan pembakar semangat untuk beliau menggandakan usaha bagi mengelak perkara sama berulang ketika turun bertanding dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) di Tokyo.
"Sebenarnya ia satu saingan yang bagus untuk saya, kalau di Kejohanan Dunia saya tak rasa perasaan kalah, saya tidak mungkin berada pada tahap sekarang. Jika di Kejohanan Dunia tempoh hari saya menang emas lagi, mungkin saya akan lalai.
"Pada masa itu, tuhan tunjukkan kepada saya kadang-kadang kita berada di atas dan ada masa di bawah. Kalau kita mahu sentiasa berada di atas, kita kena sentiasa berusaha," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.
Selepas setahun merangkul pingat emas Olimpik, Muhammad Ziyad meneruskan momentum cemerlang apabila memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.29 meter (m) untuk meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Atlet berusia 31 tahun itu kemudian gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang menyaksikan atlet Ukrain Maksym Koval merangkul emas dengan catatan 17.11 m sementara beliau meraih pingat perak (17.03 m).
Namun, Muhammad Ziyad kini berada pada tahap prestasi berbeza, dengan beliau memiliki keyakinan serta semangat yang tinggi menjelang Sukan Paralimpik Tokyo yang juga akan menjadi penampilan ketiganya di temasya itu sejak edisi 2012 di London.
Beliau berkata fokus dan disiplin yang diberikan sepanjang menjalani latihan intensif dalam tempoh empat bulan terakhir telah membawa perubahan drastik terhadap prestasinya.
Malah, beliau turut berjaya melepasi rekod kebangsaan 17.54 m milik bekas atlet negara Adi Alifuddin Hussin pada kejohanan simulasi baru-baru ini, namun ia tidak diiktiraf kerana tidak memenuhi kriteria.
"Saya bukan terlalu yakin, tetapi saya yakin untuk pergi ke Tokyo dengan persediaan terbaik. Sebelum ini di Rio persiapan saya 100 peratus, kali ini ke Tokyo saya dapat rasakan persediaan itu capai 110 peratus, lagi hebat daripada sebelum ini," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad olahraga para negara R. Jeganathan berkata Muhammad Ziyad bersama jaguh lompat jauh F20 Abdul Latif Romly merupakan dua prospek pingat emas di Tokyo.
Jeganathan berkata selain sasaran dua pingat emas, beliau menjangkakan skuad olahraga mampu meraih sekurang-kurangnya tambahan satu pingat perak dan satu gangsa pada temasya itu.
"Jonathan Wong Kar Gee (lompat jauh T12) prospek pingat perak kerana kejayaan meraih pingat itu di Kejohanan Dunia dan harap ia dapat dikekalkan (di Tokyo) dan pingat gangsa diletakkan kepada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100 m T36).
"Beliau (Mohamad Ridzuan) bertambah baik, kita akan lihat kemampuan beliau di sana. Sebelum ke Rio, tiada sasaran diletakkan, sama seperti temasya kali ini, tetapi kami telah ke sana dan mempamerkan aksi hebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021
Ziyad berkata, kekecewaan itu menjadi pengajaran untuknya supaya tidak terus berasa selesa setelah menikmati pelbagai kejayaan di pentas dunia. - Bernama
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Para SUKMA: Badrul Hisam lupakan YouTube, kutip ilmu Muhammad Ziyad
Badrul Hisam Musa kini mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada jaguh negara Muhammad Ziyad Zolkefli.
Sukan Paralimpik Paris 2024: Syabas dan tahniah Ziyad - PM Anwar
Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.
Paralimpik Paris 2024: Kilauan perak padam 'episod hitam' Muhammad Ziyad
Atlet itu hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki F20 semalam.
Paralimpik Paris 2024: Muhammad Ziyad akur dengan perak
Muhammad Ziyad melakukan 17.18m untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara, selepas pulang tangan kosong pada edisi lepas.
Paris 2024: Menanti 'amukan' Ziyad, emas sulung Liek Hou ceriakan kontinjen negara
Ziyad sudah semestinya diharapkan dapat merampas emas yang pernah dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016.
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah
Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tercabar dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo.
Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.
Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik
Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.
Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."