KUALA LUMPUR: Kejayaan memenangi Piala Malaysia 2022 memberi makna sangat besar kepada barisan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas bekerja keras sepanjang musim ini, kata ketua pasukan Mohd Farizal Marlias.
Penjaga gol berpengalaman itu berkata kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC pada aksi final di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini malam tadi, melengkapkan pencapaian gemilang skuad Harimau Selatan apabila menyapu bersih kesemua tiga trofi utama musim ini, selain muncul juara Piala Sumbangsih.
Lebih membanggakan Mohd Farizal, 36, ialah apabila beliau dan rakan sepasukan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua pertandingan domestik musim ini iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.
"Kemenangan ini sangat bermakna kepada semua pemain kerana kita menguasai semua trofi saingan Liga Malaysia dan juga tanpa kalah dalam kesemua kejohanan domestik, ini suatu perkara luar biasa.
"Tahun depan sudah pasti sasaran kita lagi tinggi sebab telah memenangi segala-galanya musim ini dan tahun depan juga pasti berbeza kerana saingan liga ada tambahan pasukan dan perlawanan, saya harap barisan pemain bersedia," katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir itu.
Pada final semalam, Selangor terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-45 hasil sepakan penalti Herlison Caion De Souza Ferreira sebelum JDT bangkit meledak dua gol masing-masing menerusi Bergson Da Silva pada masa kecederaan babak pertama dan Fernando Forestieri pada minit ke-59.
Kejayaan itu membolehkan JDT mencipta kejayaan treble buat julung kalinya, selain berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 serta mengubat kekecewaan tewas di pentas final edisi lepas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC.
Sementara itu, Mohd Farizal yang menyarung jersi JDT sejak musim 2015 mengakui belum memikirkan soal persaraan dan masih bersemangat untuk membantu pasukan meraih lebih banyak kejayaan.
"Selagi saya diberi kepercayaan dan selagi saya tiada kecederaan serius dan sebagainya sudah pasti saya akan beri segalanya," katanya yang tidak menolak kemungkinan beralih ke bidang kejurulatihan selepas bersara kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022
Mohd Farizal dan rakan sepasukan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua pertandingan domestik musim ini iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia. - Bernama
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
JDT ikat bekas bintang Real Madrid
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang
Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail juga menekankan perlu wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang.
Arif Aiman mahu beri aksi terbaik dalam setiap perlawanan JDT
Arif Aiman tekad pamer aksi terbaik dalam setiap perlawanan skuad Harimau Selatan sama ada bagi saingan tempatan atau di peringkat Asia.
JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
Beliau berkata para pemain tidak memberikan prestasi sepenuhnya, dan mereka perlu memperbaikinya.
Kuching City nyaris sekat tiga mata JDT di laman sendiri
Skuad Harimau Selatan tampil dengan corak taktikal berbeza dan turut merehatkan beberapa pemain utama.
'Kualiti Arif Aiman lebih baik daripada pemain import'
Jamal Nasir berkata, Arif Aiman terus konsisten dalam setiap permainannya malah turut mampu menyaingi ramai pemain import lain dalam JDT.
Tewas kepada JDT: KDN FC ambil positif, fokus pertemuan dengan NSFC
Kelantan Darul Naim FC mengambil sisi positif daripada kekalahan kepada juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
ACLE: Beraksi di sini adalah impian saya - Arif Aiman
Penyerang JDT, Arif Aiman meluahkan bahawa beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian buat dirinya.
Selangor kekal bersih di laman sendiri, atasi Kuching City 4-0
Selangor FC mengekalkan kedudukan sebagai pencabar utama pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila menewaskan Kuching City FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).