Felda United FC menyifatkan kejayaan melangkah ke final Piala FA 2014 pada 7 Jun ini sebagai hadiah terbaik untuk semua warga peneroka Felda atas sokongan padu terhadap pasukan itu.
Ketua jurulatihnya Irfan Bakti Abu Salim berkata peneroka tidak jemu memberi galakan dan sokongan penuh kepada pasukan sehingga layak ke final Piala FA buat pertama kali.
Felda United menggunakan kelebihan gol di tempat lawan untuk menyingkirkan juara bertahan Kelantan dengan agregat 5-5 selepas pertemuan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam.
Pada separuh akhir kedua semalam, kedua-dua pasukan seri 2-2 manakala seri 3-3 pada separuh akhir pertama di Kota Baharu, 6 Mei lepas.
Felda United akan bertemu dengan juara Piala Malaysia 2013, Pahang di final selepas skuad 'Tok Gajah' mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan agregat 2-1 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Irfan Bakti mengakui skuad Pahang, kendalian Zainal Abidin Hassan, merupakan sebuah pasukan yang hebat dan tetap menghormati pasukan lawannya itu.
Beliau turut gembira dengan keadaan pemain import tengah, Zah Rahan Krangar dari Liberia, yang pulih daripada kecederaan dan dapat beraksi pada final nanti.
"Apa yang perlu dipertingkatkan ialah kekuatan mental serta konsentrasi pemain sepanjang perlawanan. Pemain sering hilang tumpuan apabila sedang mendahului sesuatu perlawanan," katanya.
Dalam pada itu, ketua jurulatih Kelantan, George Boateng ternyata kecewa dengan keputusan itu setelah pasukan itu mensia-siakan beberapa peluang jaringan di babak kedua perlawanan.
"Kami menampilkan corak permainan terbuka di samping melepasi banteng pertahanan lawan beberapa kali...saya tidak boleh menyalahkan pemain kerana mereka bermain dengan begitu gigih serta mengikut arahan yang diberikan.
"Kami kalah kerana Felda hanya jaring gol secara kebetulan sahaja," kata Boateng, jurulatih kelahiran Ghana berusia 38 tahun itu.
Katanya beliau kini menetapkan sasaran menduduki empat tempat terbaik dalam
Liga Super serta menaruh harapan agar skuad 'The Red Warriors' itu akan memperagakan aksi hebat pada Piala Malaysia musim ini.
Selepas 17 perlawanan, Kelantan kini menghuni tangga keenam Liga Super dengan mengumpul 25 mata manakala Selangor menduduki persada liga dengan 34 mata.
Bernama
Sun Jun 01 2014
![Kejayaan ke final hadiah untuk peneroka Felda - Irfan Bakti Kejayaan ke final hadiah untuk peneroka Felda - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71401614931_295x200.jpg)
Felda United FC akan bertemu Pahang pada perlawanan akhir Piala FA 2014 pada 7 Jun. -fotoBERNAMA
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2019/april/24/kvein.jpg?ext=.jpg)
Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meletak jawatan berikutan isu denda yang dikenakan ke atas persatuannya.
![PDRM lonjak ke tangga ketiga Liga Super PDRM lonjak ke tangga ketiga Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2015/150215PDRM2.jpg)
PDRM lonjak ke tangga ketiga Liga Super
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) naik empat anak tangga ke kedudukan ketiga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United FC (FUFC) pada aksi tunggal Liga Super, di Stadium Shah Alam,
![Perak ungguli carta Liga Super 2015 Perak ungguli carta Liga Super 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/51423929329_295x200.jpg)
Perak ungguli carta Liga Super 2015
Pasukan Perak memintas kedudukan Lions XII dari Singapura di persada Liga Super selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam ini.
![Piala Malaysia: Stadium Temerloh kecoh, FUFC mara ke separuh akhir Piala Malaysia: Stadium Temerloh kecoh, FUFC mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41412999402_295x200.jpg)
Piala Malaysia: Stadium Temerloh kecoh, FUFC mara ke separuh akhir
Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengalihkan suar yang dilempar sekumpulan penyokong sejurus berakhirnya perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Pahang pada Jumaat.
![Enam disyaki bakar mercun pada final Piala FA ditahan Enam disyaki bakar mercun pada final Piala FA ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71402221034_295x200.jpg)
Enam disyaki bakar mercun pada final Piala FA ditahan
Polis menahan enam individu kerana disyaki membakar mercun ketika perlawanan akhir Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United FC.
![Jaringan Nwakaeme bantu Pahang julang Piala FA buat kali kedua Jaringan Nwakaeme bantu Pahang julang Piala FA buat kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81402187072_295x200.jpg)
Jaringan Nwakaeme bantu Pahang julang Piala FA buat kali kedua
Pahang berjaya menamatkan kemarau selama lapan tahun bagi menjulang Piala FA buat kali kedua selepas mengalahkan Felda United FC.
![Kejayaan ke final hadiah untuk peneroka Felda - Irfan Bakti Kejayaan ke final hadiah untuk peneroka Felda - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71401614931_295x200.jpg)
Kejayaan ke final hadiah untuk peneroka Felda - Irfan Bakti
Felda United FC menyifatkan kejayaan melangkah ke final Piala FA 2014 sebagai hadiah terbaik untuk semua warga peneroka Felda.