KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad bawah 22 (B-22) tahun negara yang merangkul Piala Merlion baru-baru ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur dalam menentukan kemenangan mereka di temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini.
Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berpandangan masih banyak yang perlu diperbaiki anak buah E.Elavarasan terutamanya dari segi keserasian pasukan untuk menampilkan corak permainan yang mampu dibanggakan pada temasya dwitahunan itu.
"Kita tidak boleh menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada skuad muda negara di Sukan SEA walaupun mereka berjaya menjuarai Piala Merlion.
"Kita harus beri mereka ruang untuk mencipta kejayaan dan sekiranya menang emas di Kemboja ia bonus. Seharusnya jangan terlalu memuji mereka (pemain) supaya tidak terbuai dan andai kata mereka tidak berjaya ia akan musnahkan perkembangan pemain di masa depan," katanya.
Perjalanan skuad bola sepak pada temasya berprestij Asia Tenggara di Vietnam pada Mei lepas terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam.
Pada 26 Mac lepas, B-22 melakar sejarah apabila menjulang Piala Merlion 2023 selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong, 2-1, sekali gus menamatkan penantian 41 tahun Malaysia untuk mengungguli piala berkenaan semenjak diperkenalkan pada 1982.
Dalam perkembangan lain, Safee berpandangan skuad bawah 17 (B-17) yang akan mengharungi kejohanan Piala Asia B-17 2023 di Thailand pada Jun ini mampu memberikan saingan sengit apabila mutu permainan yang diperagakan pemain di atas padang mempunyai kualiti yang cemerlang.
Beliau bagaimanapun berkata adalah tidak wajar untuk meletakkan sasaran kepada anak buah Osmera Omaro apabila mereka baharu sahaja mula bertapak dalam dunia bola sepak, sebaliknya pemain muda diberikan ruang secukupnya bagi menikmati setiap detik permainan.
Pada Khamis lepas, B-17 diundi bersama tuan rumah Thailand, Yaman dan Laos dalam Kumpulan A bagi saingan Piala Asia B-17 2023 dan sekiranya Harimau Muda mampu menjadi empat pasukan terbaik pada Piala Asia B-17, mereka akan menempah slot ke Piala Dunia B-17 2023 di Peru, hujung tahun ini, sebagai wakil Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Safee yakin beberapa siri kejayaan pasukan muda negara di pentas berprestij antarabangsa mampu dijadikan bukti bahawa Malaysia tidak ketandusan bakat pemain muda yang mampu menyarung jersi skuad kebangsaan.
"Saya bersetuju dengan perkembangan pemain muda yang meningkat naik, kita ada pelapis yang berjaya dan berkualiti dan mereka berada dalam landasan yang betul, namun, seharusnya fasiliti yang disediakan untuk mereka juga harus seiring," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

Safee berpandangan masih banyak yang perlu diperbaiki anak buah E.Elavarasan terutamanya dari segi keserasian pasukan. - Foto fail/ BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.

Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.

Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.

Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.

Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.

Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.