KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kehadiran Soleen Al-Zou'bi sebagai jurulatih baharu skuad bola sepak wanita negara bakal melahirkan pemain yang berkualiti dan kompetitif bagi memberi saingan di pentas antarabangsa.
Beliau berkata pengalaman Soleen dari Jordan sebagai Ketua Unit Bola Sepak Wanita dan Penolong Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) berupaya memberi nafas baharu kepada bola sepak wanita negara.
Soleen, yang memulakan tugas Khamis lepas, akan menjadi pengendali Malayan Tigress dan mengetuai Unit Bolasepak Wanita FAM.
"Pengalaman Soleen di JFA juga sudah tentu dapat memperbaiki pertandingan bola sepak wanita di peringkat nasional sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pemain-pemain bola sepak wanita di luar sana untuk beraksi," menurut Hamidin dalam kenyataan yang dikeluarkan FAM di sini.
Katanya satu mesyuarat diadakan hari ini bersama Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM Datuk Suraya Yaacob serta Timbalan Pengerusinya Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah, Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell, Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman dan Soleen bagi membincangkan hala tuju bola sepak wanita di Malaysia dengan lebih mendalam.
Soleen pula berkata fokus utama beliau ialah mengenal pasti dan memperbaiki liga bola sepak wanita di Malaysia selain mewujudkan laluan pemain yang komprehensif bermula dari akar umbi hingga ke peringkat elit membabitkan jurulatih, pengadil serta pegawai tadbir yang terdiri daripada kaum wanita.
Pemain yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan Jordan dan beraksi untuk kelab bola sepak wanita negara itu selama 14 tahun diumum sebagai pengendali baharu skuad wanita kebangsaan Malaysia selepas mesyuarat keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 pada 7 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Pengalaman Soleen Al-Zou'bi berupaya memberi nafas baharu kepada bola sepak wanita negara. - Facebook FAM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kehadiran Soleen bakal lahirkan pemain bola sepak wanita berkualiti - Presiden FAM
Pengalaman Soleen Al-Zou'bi berupaya memberi nafas baharu kepada bola sepak wanita negara.