Satu sesi 'town hall' khas pengamal media sukan negara bersama Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diadakan Disember ini.
Persetujuan itu dicapai ketika kunjungan hormat Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) ke atas Syed Saddiq di pejabatnya di sini pada Rabu.
Syed Saddiq berkata sesi berkenaan bertujuan mencari penyelesaian terbaik ke arah pembangunan sukan negara khususnya untuk perkembangan di peringkat akar umbi.
"Saya tahu ramai pengamal media sukan yang sudah lama terlibat dalam bidang penulisan sukan dan memahami selok-belok bidang ini.
"Jadi, kita harap dengan penganjuran sesi town hall dengan pengamal media sukan tanah air, kita dapat bersama-sama mencari satu titik pertemuan ke arah mengangkat martabat sukan negara," katanya.
Beliau juga tidak menafikan pengamal media sukan banyak memainkan peranan membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta agensi di bawahnya, sama ada dari segi pembangunan sukan negara, perkembangan atlet dan juga persatuan sukan.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan pendiriannya mengenai pembangunan sukan negara yang perlu diberi tumpuan bermula daripada peringkat akar umbi.
"Saya mahu pembangunan sukan di peringkat akar umbi bukan sekadar di kawasan pedalaman seperti di Sik, Kedah tapi ia perlu merangkumi juga kawasan Orang Asli di mana sekurang-kurangnya perlu ada padang untuk mereka melakukan aktiviti," katanya.
Sementara itu, Presiden SAM Jasni Shafie berkata pertemuan hari ini ibarat sinar baharu buat SAM untuk terus membantu KBS dan menteri dalam mencari hala tuju sukan negara.
Beliau berkata SAM menyambut baik cadangan menteri bagi menganjurkan sesi town hall bersama pengamal media sukan dan kesudian beliau mendengar pandangan daripada media.
"Ini cadangan menteri sendiri untuk kita (SAM) anjurkan town hall. Kita akan kumpulkan semua pengamal media sukan sama ada lama dan baharu untuk sama-sama mengambil bahagian.
"Pertemuan hari ini juga memberi sinar baharu buat kita, kerana kita akan mendapat sebuah pejabat untuk menjalankan operasi persatuan dengan lebih lancar. Pada perbincangan tadi, menteri ambil maklum mengenai perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, Jasni berkata beliau amat berbesar hati atas kesudian menteri untuk terus mengekalkan jalinan kerjasama erat dengan SAM serta pengamal media sukan tanah air dengan menganjurkan beberapa acara sukan bersama media.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 03 2018
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) menerima Kunjungan Hormat daripada Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Pejabat Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu. - Foto BERNAMA
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.
19 kes berkaitan keselamatan atlet selesai - Hannah
Sebanyak 38 kes berkaitan keselamatan atlet diterima sejak 2021 menerusi inisiatif Kod Sukan Selamat di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.