PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membentangkan protokol pengurusan penonton kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan untuk mendapatkan kebenaran kehadiran penyokong bola sepak ke stadium.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican optimis penyokong dapat kembali menyaksikan aksi pasukan kegemaran masing-masing dalam masa terdekat jika pihaknya dapat meyakinkan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung protokol tersebut.
Beliau berkata keyakinan itu hadir selepas melihat pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan pasukan terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan konsep gelembung sukan pada aksi minggu pertama Liga-Malaysia (Liga-M) hujung minggu lalu.
Sebagai permulaan, Reezal Merican berkata ia akan dilaksanakan di satu atau dua stadium sebelum diperluaskan ke stadium-stadium lain yang menjadi venue saingan Liga-M.
"Sudah tentu ia memerlukan satu SOP yang lengkap. KBS dah sediakan SOP itu, kita akan perhalusi mekanismenya bersama MFL pada Khamis ini sebelum dibawa ke MKN.
"Untuk peringkat awal, kita cadangkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kapasiti sebenar stadium atau 4,000 orang, yang mana rendah. Penetapan jumlah penonton ini bergantung kepada keadaan stadium terlibat seperti jumlah pintu masuk dan kapasiti," katanya ketika ditemui pemberita di Menara KBS, di sini, hari ini.
Reezal Merican berkata setelah kerajaan memberi kebenaran untuk acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) serta kehadiran ke pawagam yang mempunyai keadaan lebih sempit berbanding stadium, pihaknya yakin penyokong bola sepak juga bakal mendapat perkhabaran gembira.
"Kita juga lihat pelaksanaan di negara lain seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) menggunakan sistem tier, Korea Selatan dan Thailand membenarkan 25 peratus (dari kapasiti stadium), paling tinggi di Victoria State Australia sebanyak 50 peratus, manakala Itali seramai 500 orang. Jadi saya fikir 4,000 penonton adalah pada kadar pertengahan," katanya.
Kempen Liga-M 2021 membuka tirai Jumaat lalu apabila juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut menerusi kemenangan 2-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim, dalam suasana norma baharu.
Khamis lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mungkin membenarkan kehadiran penonton di stadium pada skala kecil secara berperingkat apabila kes COVID-19 di negara ini dapat diturunkan.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata kebenaran khas akan diberikan kepada atlet yang perlu ke luar negara untuk menyertai kejohanan atau latihan sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
Reezal Merican optimis penyokong dapat kembali menyaksikan aksi pasukan kegemaran masing-masing dalam masa terdekat. - Gambar fail
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.