IPOH: Kawalan keselamatan di Stadium Perak di sini, akan diperketatkan bagi memastikan tiada insiden luar jangka tercetus menjelang saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di venue berkenaan, Khamis ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsuddin berkata lebih 300 anggota polis akan membantu mengawal dan melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan keselamatan penyokong kedua-dua pasukan terjamin.
"Kita akui aksi kedua-dua pasukan ini pernah dicemari dengan sejarah tidak baik namun diharapkan untuk kali ini, biarlah ia berlangsung aman dan diharapkan penyokong menjaga tingkah laku selain mengutamakan semangat kesukanan.
"Bagaimanapun, kita tidak akan sesekali memandang mudah aspek kawalan keselamatan ini kerana ia merupakan langkah wajib yang perlu diambil sepertimana ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL)," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Pada April 2014, insiden pergaduhan besar membabitkan penyokong kedua-dua pasukan tercetus di luar perkarangan stadium dalam aksi Liga Super yang berkesudahan Perak tumpas 0-1 kepada JDT di Stadium Perak.
Insiden berkenaan berulang pada Ogos 2016 apabila The Bos Gaurus sekali lagi tumbang di laman sendiri kepada JDT dengan jaringan sama dan ia turut menyebabkan kecederaan menimpa seorang petugas media.
Dalam pada itu, Bobie Farid berkata pihaknya menyasarkan 25,000 tiket akan terjual kepada penyokong kedua-dua pasukan sama ada secara fizikal atau dalam talian.
"Walaupun kapasiti stadium boleh memuatkan maksimum 28,000 penyokong, atas faktor keselamatan kita hanya sediakan sekitar 25,000 tiket.
"Buat masa ini lebih 4,000 tiket secara dalam talian terjual dan untuk tiket fizikal kita akan buka jualannya pada esok (18 Okt) bermula dari 11 pagi hingga 6 petang di Stadium Perak," katanya.
Mengulas mengenai pertembungan kedua-dua pasukan, beliau berkata walaupun dianggap underdog, barisan pemain Perak FC akan berjuang habis-habisan untuk melakar kejutan ke atas JDT.
"Realitinya, JDT sebuah pasukan yang lengkap di setiap posisi selain merupakan juara bertahan. Ia jauh jika nak dibandingkan dengan Perak namun saya yakin setiap daripada kita termasuk penyokong mahu melihat The Bos Gaurus meraih kemenangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Kawalan keselamatan di Stadium Perak akan diperketatkan bagi memastikan tiada insiden luar jangka tercetus menjelang saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan JDT di Stadium Perak, Khamis ini. - Foto fail/Wikipedia
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya melalui detik cemas sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Malaysia.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.