Kapten pasukan kriket India Virat Kohli dikecam teruk selepas mengesyorkan mereka yang menyokong pemain asing tidak sepatutnya tinggal di negara itu.
Kohli, pemukul tersohor yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial, dalam rakaman video telah membacakan mesej dalam talian daripada seorang peminat kriket yang dilihat telah menyinggungnya.
"Pemukul yang diberikan pujian berlebih-lebihan dan saya secara peribadi melihat tiada yang istimewa dalam pukulan dilakukannya (Kohli). Saya lebih seronok menyaksikan aksi pemukul England dan Australia daripada pemukul India," Kohli membacakan mesej pencinta kriket itu menerusi telefon bimbitnya.
Kemudian beliau memberikan respon: "Okay, dengan itu saya fikir anda tidak patut tinggal di India, anda patut pergi dan tinggal di tempat lain, tidak? Kenapa anda tinggal di negara kita dan sayangkan negara lain? Saya tidak kisah anda tidak sukakan saya tetapi saya fikir anda tidak patut tinggal di negara kita dan menyukai benda lain. Pastikan keutamaan anda betul."
Kritikan itu agak keterlaluan bagi pemain kriket itu yang memegang banyak rekod dan dikagumi sebagai seorang pemain prolifik dan penyumbang mata utama.
"Sungguh tidak disangka Virat bersikap perengus sebegini. Jutaan orang dari negara-negara lain menjadikan beliau sebagai idola," kata pakar kriket terkemuka, Ayaz Memon.
Ada juga yang meminta Kohli "pergi ke Selatan Afrika" selepas didapati di dalam video lama beliau menyatakan "Herschelle Gibbs ialah pemain kriket kegemarannya."
Komen pedas terus dilemparkan terhadapnya, dengan seorang mencadangkan supaya Kohli berhenti bermain kriket kerana ia "permainan orang Inggeris" dan sepatutnya menceburi sukan "kebangsaan" seperti hoki atau kabaddi.
Bernama
Thu Nov 08 2018
Kohli, pemukul tersohor yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial, dalam rakaman video telah membacakan mesej dalam talian daripada seorang peminat kriket yang dilihat telah menyinggungnya. - Gambar fail
Rangka spesis Camarasaurus Grandis dipamerkan untuk orang awam
Orang ramai kini boleh melihat rangka haiwan sejenis Camarasaurus Grandis di Muzium Evolusi, Knutheborg Safaripark, Denmark.
Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Cacar monyet: Jumlah kes di Perancis meningkat kepada 33 kes
Menurut Badan Kesihatan Awam Perancis (SPF), daripada jumlah itu 24 kes dikesan di wilayah Paris.
Bocor rahsia negara, bekas menteri, ketua polis Djibouti dijatuhi hukuman penjara
Mahkamah Djibouti menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang bekas menteri belanjawan dan bekas ketua polis kerana kesalahan membocorkan perbualan sulit.
Cacar monyet sesuatu yang perlu dibimbang - Biden
Biden menambah ia adalah kebimbangan kerana jika cacar monyet merebak ia akan menjadi isu berbangkit.
Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah?
Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah dan jarang sekali merebak ke tempat lain.
Dr Mahathir terkejut Malaysia di belakang beberapa negara Afrika dari segi pembangunan
Bekas Perdana Menteri menjelaskan, beliau bersedia menerima bahawa Malaysia telah ketinggalan di belakang Indonesia dan Vietnam sejak kebelakangan ini.
Kes pertama polio liar di Malawi dikesan
Pihak berkuasa di Malawi mengesahkan satu kes polio liar melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Lilongwe.
COVID-19: EU, Afrika sasar selesai isu paten vaksin menjelang musim bunga
Semua pihak berkongsi matlamat sama, namun mempunyai cara berbeza untuk mencapai matlamat tersebut.