FRANK Lampard mahu Tammy Abraham memandang rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan England, Harry Kane, sebagai contoh selepas penyerang Chelsea itu terus memberi tekanan buat Jamie Vardy dalam carta penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris.
Abraham membuka jaringan ketika Chelsea menewaskan Crystal Palace 2-0 di Stamford Bridge malam tadi apabila menolak masuk golnya yang ke-10 dalam liga musim ini.
Gol pembukaan pemain berusia 22 tahun itu disusuli dengan jaringan tandukan Christian Pulisic dalam babak kedua untuk skuad The Blues itu melonjak ke tangga ketiga.
Ditanya sama ada Abraham berpotensi untuk menjadi pesaing Kane dalam skuad kebangsaan England, Lampard berkata penyerang muda itu masih mempunyai perjalanan yang panjang, namun percaya bintang Tottenham Hotspur itu telah menunjukkan contoh terbaik.
"Harry Kane pemain yang luar biasa," katanya kepada BBC Sport.
"Apa yang telah dilakukannya dalam beberapa tahun ini dan dalam kariernya amat luar biasa.
"Jadi, Tammy perlu melihat kepadanya dan menjaringkan gol dalam setiap peringkat.
"Itulah tahap seterusnya buat Tammy.
"Apa yang telah ditunjukkannya sepanjang bulan ini adalah terlalu banyak perkara dalam permainannya.
"Dia tidak memiliki banyak ruang hari ini disebabkan cara permainan Palace tetapi saya memberitahunya pada waktu rehat supaya dia meneruskannya.
"Ia adalah perlawanan di mana penyerang tidak dapat apa yang mereka usahakan tetapi mungkin menjaringkan gol dan dia melakukannya," katanya.
Lampard membariskan skuad Liga Perdana termuda Chelsea dalam perlawanan itu dan memanjangkan rekod kemenangan kepada enam perlawanan berturut-turut.
Dan pengurus itu mahu mengekalkan kecemerlangan Chelsea sepanjang musim ini.
"Kami amat layak untuk memenangi perlawanan ini.
"Babak pertama agak mengecewakan kerana kami menguasai perlawanan, memperoleh beberapa peluang tetapi tidak dapat menyudahkannya dan membenarkan rentak permainan menurun sedikit.
"Sebaik babak kedua bersambung, saya fikir kami layak menang dengan dua jaringan yang kemas dan tidak dibolosi.
"Mereka amat tekal kerana kami berada dalam pretasi terbaik dan dengan adanya pemain yang lebih tua, keseimbangan itu agak baik.
"Pemain yang lebih tua menolong yang lebih muda.
"Pemain muda pula cepat menyedari tahap ini dan kesukarannya.
"Tetapi mereka berusaha dengan amat keras dan meningkat.
"Ia masih terlalu awal, jadi kami boleh meneruskannya untuk lebih lama dan dalam perlawanan yang akan datang," tambahnya.
Astro Arena
Sun Nov 10 2019

Tammy Abraham (kanan) beraksi bersama pemain Crystal Palace Gary Cahill semasa perlawanan EPL antara Chelsea dan Crystal Palace di Stamford Bridge, London, Britain, 9 Nov, 2019. REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.

Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.

EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.

EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.

EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif.

Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.

Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.

UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.