PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya sedia menggalas cabaran untuk muncul sebagai 15 pasukan terbaik Asia suatu hari nanti.
Ketua jurulatih Kim Pan Gon, bagaimanapun, berkata misi itu tidak akan tercapai dalam masa singkat, melainkan seluruh pasukan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.
"Kita berdepan satu situasi sukar (untuk mencapai kedudukan 15 terbaik Asia) namun semua pihak perlu bersatu dalam sebarang keadaan, memberi sokongan dan saling memberi galakan untuk maju," katanya kepada pemberita ketika ditemui, Selasa.
Isnin lepas, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menzahirkan harapannya untuk melihat pasukan kebangsaan, yang kini di ranking ke-24 Asia, mendaki anak tangga itu dan mencapai kedudukan 15 teratas pada masa depan.
Sementara itu, Pan Gon berkata beliau akan mempersiapkan pasukan terbaik bagi menghadapi dua perlawanan persabahatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China, bulan depan.
Beliau berkata ini termasuk memanggil pemain sayap sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi untuk beraksi dalam perlawanan menentang Syria pada 6 Sept dan China (9 Sept) itu.
Meskipun pemain berusia 21 tahun itu masih boleh bermain untuk Kelayakan Piala Asia Bawah-23 (B-23) 2024 pada 4-12 Sept, Pan Gon bertegas untuk menggunakan khidmat pemain itu dalam skuad senior bagi tugasan di China.
"Kami akan cuba memilih pemain terbaik (untuk perlawanan persahabatan di Chengdu) sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 November ini, diikuti kempen Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan," katanya.
Dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan pemenang perlawanan antara Taiwan dan Timor Leste.
Bagi pusingan akhir Piala Asia 2023, dari 12 Jan-10 Feb tahun depan, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali Korea Selatan selain Jordan dan Bahrain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Ketua jurulatih Kim Pan Gon, bagaimanapun, berkata misi itu tidak akan tercapai dalam masa singkat, melainkan seluruh pasukan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian FAM itu. - Foto fail/BERNAMA
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.