MUSIM yang agak kucar-kacir buat Manchester United, mungkin akan berakhir dengan gembira.

Ini apabila Pengurus mereka, Erik ten Hag, menyatakan bahawa mereka akan beri segalanya di Final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.

"Seperti semua tahu, ini merupakan musim yang sukar, tetapi satu perkara yang tetap tidak berubah iaitu sokongan anda terhadap pasukan.

"Namun, musim ini belum berakhir lagi, pertama sekali kita perlu dapatkan tiga mata di Brighton dan selepas itu kita ke Wembley.

"Dan saya berjanji bahawa semua pemain bakal beri segalanya untuk memenangi piala itu dan bawanya pulang ke Old Trafford, kami pasti anda akan berada di sana untuk sokong kami.

"Jadi terima kasih, anda adalah penyokong terbaik di dunia!" kata Erik ten Hag kepada penyokong Manchester United.

Kenyataan itu keluar selepas anak buah ten Hag tampil dengan kemenangan bergaya 3-2 ke atas Newcastle dalam perlawanan terakhir musim ini di Old Trafford.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro