KAMARU Usman menjadi petinju MMA kelahiran Afrika yang pertama meraih kejuaraan dunia UFC, apabila menewaskan Tyrone Woodley dalam aksi UFC 235 di Las Vegas, Nevada pada Ahad.
Dia menundukkan petarung dari Amerika Syarikat menerusi keputusan sebulat suara, Tyron Woodley untuk dinobat sebagai juara dunia bagi divisyen welterweight UFC.
Usman, 31 tahun, dilahirkan di Nigeria dan mempunyai rekod 15 kemenangan dan hanya satu kekalahan (15-1).
Sementara itu, dalam pertarungan 'main-event' pula, juara bertahan UFC light heavyweight Jon Jones berjaya mempertahankan gelarannya apabila mengalahkan rakan senegara, Anthony Smith juga menerusi sebulat suara.
Jones menguasai perlawanan dari mula hingga ke saat akhir, mempamerkan aksi serangan kaki terhadap lawanya yang lebih berkemahiran 'ground' itu.
Pertarungan dibawa hingga ke pusingan kelima, di mana pengadil kemudiannya mengisytiharkan Jones sebagai pemenang, sekali gus melebarkan rekod kemenangannya kepada 24-1.
Haider Yutim
Sun Mar 03 2019
Usman, 31 tahun, dilahirkan di Nigeria dan mempunyai rekod 15 kemenangan dan hanya satu kekalahan (15-1). - Foto AP
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Kamaru Usman atlet kelahiran Afrika pertama juara dunia UFC
Kamaru Usman menjadi petinju MMA kelahiran Afrika yang pertama meraih kejuaraan dunia UFC, apabila menewaskan Tyrone Woodley dalam aksi UFC 235 di Las Vegas, Nevada pada Ahad.