KUALA LUMPUR: Bekas jaguh jalan kaki negara R. Mogan yang kini jurulatih jarak sederhana, berharap pemilihan atlet ke Sukan SEA Kemboja 2023 bagi acara trek dan padang, dilakukan berdasarkan kepada prestasi semasa.
Pemenang pingat emas edisi 1995 di Chiang Mai yang masih memegang rekod kebangsaan 10,000 meter (m) sejak 1997 itu berkata Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu memberi peluang kepada atlet yang menyerlah pada kejohanan Trek dan Padang KOM, minggu lepas.
"Pemilihan atlet mesti berdasarkan kepada pertandingan baru diadakan, bukan mengikut keputusan yang lama kerana mereka mungkin tidak berada dalam situasi terbaik terutama menjelang Sukan SEA Kemboja pada Mei, iaitu beberapa bulan sahaja lagi.
"Kita tidak mahu KOM memilih atlet yang tidak langsung bertanding tahun ini atau tidak cergas untuk bertanding di Sukan SEA," katanya.
Beliau turut berharap anak didiknya, R. Thevan mewakili Negeri Sembilan, yang layak dalam dua acara iaitu 5,000m dan 10,000m lelaki selepas menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa masing-masing 15 minit 23.30 saat (s) dan 32:01.96s diberi peluang mewakili negara ke temasya dwitahunan itu.
Minggu lepas, R. Daren James Nair dari Selangor memenangi acara 5,000m selepas merekodkan 15:19.26s manakala wakil Pahang S. Poo Vasanthan menang acara 10,000m dengan 32:01.08s.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa kejurulatihan dan pemilihan Datuk Wira Mark Ling berkata senarai pendek atlet olahraga telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) minggu lepas, namun belum mendapat kelulusan.
Beliau berkata senarai itu akan dimuktamadkan pada awal Mac, sebelum diserahkan kepada tuan rumah.
"Kami tidak boleh dedahkan nama sekarang, masih belum mendapat kelulusan daripada MOM. Kami juga menunggu Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan atlet dan jurulatih yang berada dalam program," katanya ketika dihubungi.
Sukan SEA Kemboja 2023 dijadual berlangsung pada 5 hingga 17 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023

Sukan SEA Kemboja 2023 dijadual berlangsung pada 5 hingga 17 Mei. - Foto cambodia2023

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.

Paralimpik Paris: Pemilihan atlet berdasarkan potensi hadirkan pingat untuk Malaysia - MPM
Pemilihan dibuat berasaskan analisis yang dilakukan ke atas atlet dan diputuskan bersama antara MPM, MSN, ISN dan persatuan sukan terlibat.

Pemilihan atlet ke Sukan Asia di fasa akhir - MGA
Bagi edisi kali kini, skuad negara akan dibarisi pemain amatur terbaik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Jurulatih harap pemilihan atlet ke Sukan SEA berdasarkan prestasi semasa
Mogan berkata, KOM perlu memberi peluang kepada atlet yang menyerlah pada kejohanan Trek dan Padang KOM, minggu lepas.

ISAM dikembalikan sebagai pengawal selia sukan luncur ais negara
Ia sekali gus bermakna pemilihan atlet bagi temasya sukan pelbagai acara seperti Sukan SEA kini kembali dikendalikan oleh persatuan tersebut.

ESM gagal ikut prosedur mohon peruntukan - KP MSN
Ketua Pengarah MSN berkata pihak ESM hanya mengemukakan permohonan peruntukan bagi kejohanan itu pada 6 Mei, dua hari selepas kejohanan berakhir.

Terserah kepada penembak negara berhubung saman - Khairy
Khairy, bagaimanapun mengingatkan atlet terbabit mengenai proses pemilihan atlet untuk disenaraikan ke temasya dwi tahunan itu dibuat berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.