Jurugambar kumpulan NSTP, Supian Ahmad yang dibelasah penyokong bola sepak selepas perlawanan Liga Super Perak dan JDT di Stadium Perak pada Sabtu, kesal kerana dilempar dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Menurutnya, selepas video dan gambarnya menjadi viral, khususnya dalam media sosial, ada pihak yang menuduhnya menipu, dibayar dan berat sebelah.
“Saya ini media. Saya datang sebagai satu entiti yang neutral untuk merakamkan segala apa yang berlaku malam tu, atas sebab kerja dan atas sebab tugasan yang diberi tetapi kenapa saya dibelasah? Kenapa saya dipukul dengan begitu teruk sekali, saya tidak tahu.
“Saya rasa sedikit terkilan apa-apa yang berlaku selepas itu tetapi yang paling menyakitkan hati saya apabila dalam media sosial ini, banyak tuduhan kepada media, terutamanya saya yang dituduh dapat duit, saya dibayar, saya menipu dengan cakap kamera saya hilang,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengamal Media Perak dan wakil Persatuan Bolasepak Perak (PAFA)di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada Sabtu, berlaku kekecohan selepas perlawanan yang menyaksikan tuan rumah Perak tewas 0 - 1 di tangan JDT.
Semasa kekecohan, Supian yang sedang merakamkan insiden dari dalam padang, dikatakan diserang sekumpulan penyokong, manakala kameranya dirampas.
Supian berkata, tindakan pantas polis dan pegawai PAFA membolehkan kameranya ditemui semula, walaupun mengalami kerosakan.
Sementara itu, mengulas mengenai insiden berkenaan, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Wan Asrudi Wan Hassan mencadangkan supaya Kerajaan mewujudkan satu akta perlindungan pengamal media bagi melindungi mereka ketika bertugas.
Ini jelasnya, kerana insiden seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan sewajarnya ia dipadang serius oleh semua pihak.
Astro Awani
Mon Aug 08 2016
![Jurugambar kesal difitnah berhubung pergaduhan penyokong Perak-JDT Jurugambar kesal difitnah berhubung pergaduhan penyokong Perak-JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470669010_JurufotoNSTP.jpg)
Jurufoto New Straits Times Press (NSTP), Supian Ahmad, 36, yang cedera dipukul dalam kekecohan selepas perlawanan Liga Super antara Perak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) Sabtu lalu menafikan dakwaan ia lakonan yang dirancang. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
![Jurugambar kesal difitnah berhubung pergaduhan penyokong Perak-JDT Jurugambar kesal difitnah berhubung pergaduhan penyokong Perak-JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470669010_JurufotoNSTP.jpg)
Jurugambar kesal difitnah berhubung pergaduhan penyokong Perak-JDT
Jurugambar Supian Ahmad yang dibelasah penyokong bola sepak selepas perlawanan Liga Super Perak dan JDT di Stadium Perak pada Sabtu, kesal kerana dilempar dengan pelbagai tuduhan.
![Kekecohan penyokong JDT, Perak berpunca dari provokasi - Polis Kekecohan penyokong JDT, Perak berpunca dari provokasi - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470541470_LigaSuper.jpg)
Kekecohan penyokong JDT, Perak berpunca dari provokasi - Polis
Polis mengenal pasti punca sebenar pergaduhan di antara penyokong JDT dan Perak di Stadium Perak pada malam Sabtu adalah berpunca daripada tindakan provokasi.
![Tiga, termasuk petugas media, cedera selepas perlawanan Perak-JDT Tiga, termasuk petugas media, cedera selepas perlawanan Perak-JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470541470_LigaSuper.jpg)
Tiga, termasuk petugas media, cedera selepas perlawanan Perak-JDT
Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super.