NEWCASTLE UNITED 1 LIVERPOOL 2 

JURGEN Klopp menegaskan bahawa dia tidak pernah menempuhi pengalaman melakar kemenangan yang lebih dramatik dalam keadaan tempang dengan 10 pemain.

The Reds ketinggalan 0-1 dan kehilangan seorang pemain berikutan kapten, Virgil van Dijk, dibuang padang dalam separuh masa pertama sebelum pemain gantian, Darwin Nunez, meledak dua gol untuk pelawat meraih mata penuh ke atas Newcastle di St James’ Park, awal pagi tadi. 

Ditanya apa mengenai semangat pasukannya untuk bangkit, Klopp berkata: “Kesemuanya. 

"Dalam lebih 1,000 perlawanan saya sebagai jurulatih, saya tidak pernah menempuhi perlawanan seperti ini, itulah kebenarannya.

“Ada perlawanan lain tetapi dengan 10 pemain, dalam suasana seperti ini, menentang lawan seperti ini jadi bukanlah saya tidak ingat, saya pasti ia tidak pernah berlaku kerana detik-detik seperti ini jarang berlaku dan sangat istimewa.

“Tetapi saya fikir pemain saya layak untuk menang pada hari ini kerana dengan 10 pemain, kami bermain lebih baik dan memberikan saingan tepat kepada Newcastle.

“Tiga perkara yang jelas dalam babak kedua: Trent Alexander-Arnold tidak boleh mendapat kad kuning lagi; kami tidak boleh bolos dan jika itu berlaku maka barulah kami mempunyai peluang dan itulah yang jelas dilakukan oleh barisan pemain saya.” - Stadium Astro