PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola, percaya Liverpool masih mampu mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), di sebalik Jurgen Klopp menyatakan telahpun untuk mengangkat bendera putih.
City berkelebihan tujuh mata di puncak liga, 13 ke atas Liverpool, dengan kurang satu perlawanan selepas menang 3-0 ke atas Tottenham.
Pengurus Liverpool, Klopp, mengakui penyandang juara itu tidak boleh berharap untuk meraih gelaran berturut-turut selepas tewas 3-1 kepada Leicester City.
Tetapi Guardiola berkata, "Daripada apa yang saya lihat, cara mereka beraksi berdepan Leicester, sememangnya kami perlu tewas tetapi mereka mampu melakukannya.
"Ia adalah Liverpool yang sama saya temui tahun lalu tetapi mereka tidak klinikal seperti sebelum ini. Kualiti yang dipamerkan, adalah apa yang mampu dilakukan berdepan Leicester.
"Kadangkala dalam bola sepak, anda perlu menghasilkan lebih banyak jaringan untuk meledak gol. Ia melibatkan situasi, perasaan, kadangkala ia tidak memerlukan taktikal.
"Kualiti masih lagi ada, saya tidak berasakan mereka mengurangkan kualiti tekanan atau permainan. Mereka sentiasa menghasilkan lebih peluang berbanding pasukan lawan. Saya tidak suka bergelut berdepan mereka tetapi sebagai penonton, saya sentiasa gemar menyaksikan Liverpool beraksi," ujarnya.
City kekal tanpa tewas dalam 23 perlawanan dalam semua pertandingan (M20 S3), bolos hanya enam dalam tempoh tersebut -- gergasi Manchester melanjutkan rekod 16 kemenangan dalam semua pertandingan.
Astro Arena
Sun Feb 14 2021

GUARDIOLA: Sebagai penonton, saya sentiasa gemar menyaksikan Liverpool beraksi. - Gambar fail
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Guardiola puji identiti permainan Spurs, Chelsea
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, membidas rakan sejawatannya, Jose Mourinho, sambil memuji Tottenham Hotspur.