KUALA LUMPUR: Juara Masters Indonesia 2022, Leong Jun Hao tekad untuk merapatkan jurang prestasi dengan pemain perseorangan lelaki utama negara, Ng Tze Yong.
Jun Hao berkata kejayaannya merangkul gelaran pertama siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Malang, Indonesia, bulan lepas membakar semangatnya untuk memberikan cabaran sengit dalam kem perseorangan lelaki negara terutamanya Tze Yong.
''Memang daripada sekarang saya training lebih lagi untuk kejar (Tze Yong sebagai pemain perseorangan utama negara)," katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.
Bekas juara remaja Asia 2017 yang sebelum ini dihimpit beberapa siri kecederaan itu mengakui berasa lega dapat menamatkan kemarau kejuaraan selepas kali terakhir mengecap kejayaan antarabangsa pada Terbuka Finland 2018.
Sementara itu, pemain di kedudukan ke-72 dunia itu berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada Bahrain International Challenge dijadual berlangsung pada 29 Nov hingga 4 Dis ini dalam usahanya mengumpul mata sebanyak mungkin sekali gus mengakhiri musim 2022 di ranking lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022
Kejayaan Jun Hao bulan lepas membakar semangatnya untuk memberikan cabaran sengit dalam kem perseorangan lelaki negara. - Gambar fail
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.
Masters Jepun: Jun Hao kejutkan Naraoka untuk mara ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao melakukan kejutan besar dalam Masters Jepun 2024 apabila menewaskan pilihan kedua kejohanan Kodai Naraoka.
Terbuka Jepun: Hasrat Jun Hao benam Kodai Naraoka di laman sendiri tertangguh
Jun Hao tewas kepada pemain ranking kelapan dunia dari Jepun, Kodai Naraoka.
Prestasi memberangsangkan di Chengdu cetus inspirasi buat Jun Hao
Persembahan meyakinkan termasuk mengejutkan pemain di ranking tinggi seperti Angus Ng Ka Long dan Koki Watanabe, memberi inspirasi kepadanya.
Terbuka Indonesia: Jun Hao teruskan aksi cemerlang, Aaron-Wooi Yik 'pulang awal'
Leong Jun Hao menewaskan pemain ranking ke-11 dunia Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan kedua Terbuka Indonesia 2024.
Badminton Terbuka Singapura: Leong Jun Hao singkir Anthony Ginting
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mencipta sensasi dengan menyingkirkan pilihan ketujuh Terbuka Singapura, Anthony Ginting.
Jun Hao, dua beregu mara pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura 2024
Pemain badminton perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan dua beregu negara tidak berdepan masalah ke pusingan kedua Terbuka Singapura 2024.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.